Jumaat, 9 Mei 2014

PERTUKARAN MB MEMBIMBANGKAN/MENAKUTKAN KRONI2

Pulau Nangka, Pulau Besar, Bukit St Paul Dipercayai Tempat Simpanan Harta - Inst
Posted on Thursday, May 08 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



MELAKA: Pulau Nangka, Pulau Besar dan Bukit St Paul di Bandar Hilir dipercayai dijadikan tempat menyimpan harta zaman Kesultanan Melayu Melaka yang berkembang maju.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata kesultanan itu dipercayai banyak menyimpan harta bagi mengelak daripada dirampas sekiranya Melaka jatuh ke tangan musuh.

Beliau yang juga bekas Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka berkata harta yang disimpan itu dipercayai emas berbentuk syiling, barang perhiasan seperti dulang serta patung yang dihadiahkan negara asing.

"Sama seperti sekarang, adalah penting bagi sesebuah kerajaan menyimpan emas sebagai rizab atas faktor ekonomi. Emas juga disimpan bagi tujuan membina semula kerajaan sekiranya ia jatuh diserang musuh seperti yang berlaku pada zaman Sultan Mahmud Shah.

"Ketika baginda berundur selepas diserang Portugis, baginda membawa bersama khazanah seperti emas bagi tujuan mendirikan semula kerajaan baginda di tempat lain," katanya dalam sidang akhbar di sini, Rabu.



Namun Mohd Jamil berkata pada masa kini tiada bukti jelas menunjukkan terdapat harta di Pulau Besar dan Bukit St Paul kecuali penemuan artifak porselin di Bandar Hilir berdekatan Bukit St Paul.

Mengenai laporan penemuan harta di Pulau Nangka, beliau berkata ia kemungkinan ada berdasarkan faktor sejarah perdagangan, tetapi usaha mencarinya sukar kerana banyak faktor antaranya disebabkan geografi pulau itu.

"Saya cadangkan lebih ramai pakar dibawa masuk dalam usaha tersebut," katanya.

Beliau berkata tidak mustahil dua keping artifak berbentuk syiling yang ditemui di pulau itu berasal daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Ada yang kata syiling itu bukan syiling daripada kerajaan Melaka, ia daripada kerajaan Majapahit atau Siam. Tetapi tidak mustahil syiling daripada kerajaan lain jadi simpanan kerajaan Melaka kerana perdagangan kerajaan Melaka ketika itu amat luas hingga ke China dan Eropah," katanya. - THE STAR


Pertukaran Menteri Besar tidak menguntungkan Parti - Nasir Fikri
Posted on Thursday, May 08 @ 07:21:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"DNFKuala Lumpur - Kebelakangan ini berita mengenai pertukaran Menteri Besar Terengganu kian hangat diperkatakan. Ramai yang meramalkan Dato' Seri Ahmad Said akan ditamatkan perkhidmatanya pada 18 Mei ini.

Hal ini berikutan desas-desus mengenai perjanjian antara PM dan MB Terengganu itu bagi kontrak Menteri Besar Setahun. Hal ini disangkal oleh Dato' Nasir Fikri yang juga Penasihat Khas bagi Menteri Besar Terengganu itu.

Beliau ketika ditemui mengatakan hal ini 'Least to ever happen, from what I know Tuanku Sultan is happy with Dato Seri MB as well as  the PM' ujarnya.

Tambahnya lagi penukaran Menteri Besar tidak menguntungkan parti sebaliknya merugikan parti tambah lagi disaat Umno Terengganu menang tipis pada PRU yang lalu. 'We have to take this little time we have to sort out what ever differences that we have among us and try hard as we can to restore the faith from Rakyat, penukaran MB hanya akan menjejaskan hubungan dan perpaduan dikalangan pemimpin dan ahli parti and we cant afford it to happen now'.
Mohd Nasir yang juga Calon Barisan Nasional yang tewas dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini di kawasan Kuala Nerus telah dilantik menjadi Penasihat Khas kepada Menteri Besar Terengganu beberapa bulan selepas PRU tempoh hari. 


"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
salehgong
Posted on Thursday, May 08 @ 07:21:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Kemunting Taiping Dilanda Ribut. Saksikan 10 Gambar Kejadian
Posted on Thursday, May 08 @ 00:50:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Kemunting Taiping 7 Mei 14: Dalam jam 3:30ptg hujan lebat serta angin kencang telah menumbangkan sebatang pokok besar berhampiran lampu isyarat Kemunting (tak jauh dari Produa dan KFC Kemunting).






















Dilaporkan beberapa buah kenderaan rosak teruk dihempap pokok tersebut dan tiada laporan kecederaan dilaporan.

Pihak BOMBA telah bergegas ketempat kejadian untuk menyelamat serta mengalihkan pokok tersebut yang menghalang kenderaan,kerana jalan tersebut adalah laluan utama dari TOL Kemunting ke pekan Kemunting dan Taiping.-tikaqbuloh


 Yingluck dipecat
Posted on Thursday, May 08 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Keputusan Mahkamah Perlembagaan diramal cetus bantahan

Bangkok: Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam memecat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra selepas didapati bersalah menyalahgunakan kuasa. Keputusan itu dijangka menyaksikan gelombang baru ketidakstabilan di Thailand.

Beliau akan digantikan oleh Menteri Perdagangan Thailand, Niwatthamrong Boonsongphaisan.


“Kabinet bersetuju bahawa Niwatthamrong akan menjalankan tugas perdana menteri menggantikan Yingluck,” kata Menteri Keadilan, Pongthep Thepkanjana.

Thailand berada di bawah pentadbiran kerajaan sementara sejak Yingluck membubarkan dewan rendah parlimen Disember lalu, dalam satu percubaan membendung tunjuk perasaan anti-kerajaan.

Pilihan raya terganggu dan kemudian dibatalkan. Pilihan raya seterusnya akan diadakan pada 20 Julai. - BH

Tiada ulasan: