Selasa, 22 Oktober 2013

YANG TAK HILANG...CATATAN AMALAN DIDUNIA...SAMADA AMALAN BAIK ATAU AMALAN JAHAT

Umno lebih kepada pilih pemimpin berwang

Salmiyah Harun, 22 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Keputusan Pemilihan Naib Presiden Umno semalam terbukti bahawa Umno sebenarnya bukan mewakili suara hati rakyat tetapi mewakili individu yang mempunyai wang, demikian tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad.

Jelasnya, setiap kali berlaku pemilihan calon yang menjadi kegemaran ahli Umno mestilah mereka yang ada wang dan pangkat.

"Kita lihat dalam pemilihan sebelum ini, iaitu Ali Rustam dan Isa Samad yang masing-masing ada pangkat dan wang mendapat undi yang banyak," katanya.

Malangnya kata beliau, apabila mereka berdua ini tidak ada kuasa sudah tentulah mereka tidak ada apa-apa kepentingan akhirnya keputusan pemilihan semalam tidak memihak kepada mereka. 

Senario yang berlaku ini, bagi Idris, politik wang tidak dapat dinafikan di dalam Umno dan ianya diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri Tun mahathir dan beberapa pimpinan Umno yang lain

"Dalam Umno, orang yang ada wang sahaja boleh naik.Yang tidak ada wang tidak boleh menang. Wang dan Umno tidak boleh dipisahkan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen hari ini.

Pemilihan tahun ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah pemilihan lebih terbuka dan telus melalui sistem "electoral college" di samping bertujuan membasmi gejala politik wang.

Sebelum ini, pemilihan pemimpin pusat hanya ditentukan kira-kira 2,500 perwakilan di Perhimpunan Agung parti.

Sistem ini kononya untuk membasmi gejala politik wang bagaimanapun ramai yang mengkritik termasuklah ahli Umno sendiri bahawa politik wang masih berlaku dalam pemilihan yang baru berakhir semalam.

Keputusan pemilihan baru-baru ini memperlihatkan penyandang Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus menjadi pilihan utama ahli Umno apabila beliau mendapat 187 undi bahagian manakala diikuti Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

YDP di 5 kawasan di Melaka kekal

Anis Nazri, 22 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Lima kawasan di Melaka mengekalkan Yang DiPertua (YDP) PAS kawasan masing-masing, manakala satu kawasan melantik muka baru sebagai YDP mereka bagi penggal 2013-2015.

Lima kawasan tersebut ialah Bukit Katil, Kota Melaka, Jasin, Tangga Batu dan Alor Gajah, manakala PAS kawasan Masjid Tanah melantik YDP baru untuk memimpin PAS kawasan tersebut.

Dari enam kawasan di Melaka, lima kawasan menyaksikan barisan kepimpinannya kekal tanpa bertanding, selain Jasin yang yang menghadapi persaingan satu lawan satu.

Berikut senarai penuh jawatan-jawatan utama PAS kawasan-kawasan seluruh Melaka:

PAS kawasan Alor Gajah

Yang DiPertua      : Adly Zahari
Timb Yang DiPertua : Ashraf Mukhlis Minghat
Naib Yang DiPertua : Bahiki Ismail

PAS kawasan Jasin

Yang DiPertua      : Ustaz Kamaruddin Sidek
Timb Yang DiPertua : Yuhaizad Abdullah
Naib Yang DiPertua : Azrin Majid

PAS kawasan Tangga Batu

Yang DiPertua      : Ustaz Mohd Nor Omar
Timb Yang DiPertua : Rafie Ahmad
Naib Yang DiPertua : Husni Balis Ali

PAS Kawasan Bukit Katil

Yang DiPertua      : Mohd Sofi Abdul Wahab
Timb Yang DiPertua : Haji Mohd Ali Sharif
Naib Yang DiPertua : Haji Md Yassim Musa


PAS kawasan Kota Melaka

Yang DiPertua      : Harun Mohamed
Timb Yang DiPertua : Ahmad Saidin'
Naib Yang DiPertua : Norazizan Nordin.


PAS kawasan Masjid Tanah

Yang DiPertua      : Ustaz Imran Abdul Imran
Timb Yang DiPertua : Ustaz Julasapiyah Kassim
Nib Yang DiPertua  : Ibrahim Daud


Dewan Ulama PAS Negeri Melaka

Ketua Urusan Ulama : Ustaz Zulkifli Ismail
Timb Ketua Ulama   : Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz
Naib Ketua Ulama   : Ustaz Mohd Helmi

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS dan Dewan Pemuda PAS negeri akan mula bermeyuarat minggu ini.

PAS guna slogan 'kekal' untuk PRK Sg Limau

Muhammad Faizal, 22 Okt 2013
JERAI: PAS akan menggunakan slogan 'Kekal' sebagai tema kempen menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memberitahu, 'Kekal' membawa misi yang cukup jelas dalam memastikan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dapat diteruskan.

Jelasnya lagi, 'Kekal' juga turut membawa mesej bahawa PAS yakin dapat membawa kemenangan selama lima penggal sebelum ini dapat dipertahankan.

"PAS dan Pakatan Rakyat menyertai PRK ini dengan misi yang cukup jelas, hanya sepatah perkataan untuk pengundi di Dun Sungai Limau dan seluruh petugas dapat melaksanaka tanggungjawab dengan lebih bersemangat.

"Kita akan menggunaka slogan 'Kekal' bagi menghadapi BN," katanya ketika berucap melancarkan slogan tersebut pada majlis pengumuman calon PAS PRK Sungai Limau di Kampung Sungai Limau Dalam malam tadi.

Ucap beliau lagi, adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk PAS kekal di Sungai Limau dengan tujuan menghargai apa yang telah dibawa oleh Ustaz Azizan sebelum ini.

Katanya, banyak agenda yang dibawa oleh Allahyarham bermula dari dulu sehinggalah tahun 2008, yang telah menunjukkan satu perubahan baru pada pemerintah Pakatan Rakyat di Kedah.

"Perjuangan Ustaz Azizan perlu diteruskan dan kita lihat banyak agenda yang telah beliau lakukan sejak dari dulu sehingga 2008.

"Selepas PAS memerintah Kedah, Ustaz Azizan bersama barisan kepimpinan beliau telah menjadi sebuah kerajaan yang telus tanpa ada sebarang amalan rasuah.

"Ini diakui sendiri mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang melihat pentadbiran Azizan lebih telus dan bersih," jelasnya.

Mahfuz yang juga merupakan Naib Presiden PAS turut menegaskan jika PAS dapat kekalkan kemenangan pada 4 November nanti, ini membuktikan satu manifestasi kebijaksanaan rakyat yang dididik oleh Ustaz Azizan selama ini.

"Rakyat di sini mempunyai kebijaksanaan, kekalkan PAS membuktikan kebijaksanaan yang ditinggalkan oleh Allahyarham sebelum ini.

"Kebijaksanaan pengundi baru dan lama, mereka membuat keputusan dengan melihat politik damai dengan penuh keadilan yang menjadi perjuangan PAS sejak dulu," sambung beliau.

Beliau yang turut mengesa agar pengundi dapat membuat satu keputusan yang bijak bagi memastikan apa yang diamanahkan oleh Ustaz Azizan dapat dilaksanakan walaupun melalui individu yang lain.

Dalam pada itu, jelasnya pengundi juga perlu bijak dengan menolak segala kempen fitnah yang akan dibawa Umno pada kempen nanti.

PAS yang telah meletakkan Ketua Pemuda Jerai, Mohd Azam Abd Samad yang merupakan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar bagi menghadapi calon dari Barisan Nasional (BN) Ahmad Sohaimi Lazim.

PAS yakin kemampuan Ustaz Azam

Muhammad Faizal, 22 Okt 2013
JERAI: PAS optimis calon yang diumumkan semalam Ustaz Mohd Azam Abd Samad yang juga Ketua Pemuda PAS Jerai, mempunyai kelebihan sendiri untuk memenangi kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil itu 4 November nanti.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Ustaz Azam diyakini bukan sahaja mampu mengekalkan kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) malah dengan jumlah majoriti undi yang lebih besar.

"Kita telah memilih calon yang muda bagi membawa suara rakyat, mempunyai pendidikan yang tinggi dalam bidang dan sesuai dengan masyarakat Sungai Limau.

"PAS yakin dengan khidmat beliau, kita anggap boleh menang tetapi dalam menghadapi demokrasi yang tidak seimbang ini petugas-petugas PAS mahupun Pakatan jangan memandang mudah," ujar presiden PAS itu ketia berucap pada majlis pengisytiharan calon malam tadi.

Azam yang berusia 37 tahun merupakan anak tempatan yang mempunyai pendidikan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir selain pengajian Talaqqi di Syria dan juga merupakan bekas guru agama.

Dalam pada itu, Presiden PAS juga mahu seluruh jentera Pakatan Rakyat tidak memandang mudah terhadap pihak lawan kerana menjangkakan BN akan menggunakan pelbagai taktik untuk merampas kerusi itu.

"Kita turut berharap PRK kali ini berlangsung dengan adil selain dari kempen fitnah Umno, dan media arus perdana perlu lebih telus serta tidak memihak kepada sesiapa," ucapnya.
Menteri kata ada polis hilang pistol dalam tandas
5:47PM Okt 22 2013  
VIDEO / 2:33 MINIT 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa pasukan polis kehilangan 44 pucuk senjata api antara 2010 dan 2012, antaranya disebabkan kes ragut, samun, dan ada juga yang hilang “dalam tandas”.

Selain itu, ada di antara senjata ringan jenis pistol atau revolver tersebut yang didapati hilang di pejabat, tercicir ketika menjalankan tugas, dan juga hilang akibat kes pecah kereta, katanya dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.

Daripada jumlah itu, sebanyak 44 pucuk senjata api berkenaan berjaya dijumpai semula.

“Jika terdapat bukti wujudnya kecuaian maka pegawai yang bertanggungjawab akan diambil tindakan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali,” kata Ahmad Zahid dalam jawapan tersebut.

Katanya lagi, kes tersebut disiasat oleh satu jawatankuasa mengikut Seksyen 79 Akta Polis 1976, dan juga Perintah Tetap Ketua Polis Negara A122 dan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 tahun 2007.

Menjawab soalan olah Tian Chua (PKR-Batu) itu, Ahmad Zahid berkata pasukan polis juga sedang membangunkan sistem baru untuk memantau kes kehilangan aset PDRM – bermula dari kes kehilangan sehinggalah kepada tindakan kepada anggota terlibat.

Isu berhubung kehilangan senjatan berkenaan pada awalnya dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati kehilangan barangan tersebut, selain kenderaan dan barangan lain, melibatkan melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Dalam penjelasannya awal bulan ini, Ahmad Zahid berkata: "Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat."

Mengulas perkara itu, Tian Chua berkata jawapan Ahmad Zahid hari ini masih belum memuaskan hatinya kerana tidak menjelaskan kehilangan tersebut dengan terperinci.,

“Kita tidak tahu apa maksud dalam kategori 'kehilangan dalam pejabat'. Adakah pejabat ini dipecah masuk atau ada orang yang ambil atau dicuri di kalangan anggota polis?

“Kita tidak tahu, 'kehilangan dalam tandas', adakah maksudnya polis pergi tandas, dia tinggalkan senjata api dalam tandas dan keluar, dan bila balik senjata api sudah hilang?

“Tapi jelas... Tiada satu pun senjata ini terjatuh dalam laut,” katanya dalam reaksi segera selepas menerima jawapan bertulis Ahmad Zahid.
Guru besar: Ibadah korban bukan untuk hina Hindu
 
Guru besar Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya di Selangor mempertahankan ibadah korban yang dijalan di kawasan sekolah tersebut sempena sambutan Aidiladha pada minggu lalu.

Penjelasan guru besar tersebut, Mohd Amnin Bahari, dinyatakan dalam perbualannya dengan seorang individu yang memperkenalkan diri dengan nama 'Saravanan'.

Rakaman perbualan tersebut dimuatkan di Youtube sejak lima hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, Saravanan menuntut penjelasan berhubung penyembelihan lembu di kawasan sekolah.

Mohd Amin seterusnya menjelaskan bahawa tiada pekeliling yang melarang perbuatan tersebut.

Katanya, penyembelihan korban semasa Aidiladha perlu dianjurkan di kalangan orang Islam, terutama di kalangan pelajar.
"Dalam Islam, penyembelihan hari raya korban ini, memang sepatutnya diuar-uarkan kepada umat Islam, khususnya kepada murid-murid," katanya dalam rakaman itu.
Perkara itu perlu digiatkan agar generasi muda mengetahui bahawa ia adalah tuntutan Islam, katanya lagi dalam rakaman sepanjang lebih 8 minit itu, yang dimuatkan oleh pengguna bernama 'zeeraf87'.
Mohd Amin berkata, ibadah tersebut tidak dijalankan dengan niat untuk menghina penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai makhluk suci.
"Memang kita digalakkan memberitahu murid-murid, kepada anak-anak kita khususnya, bahawa (ibadah) korban ini satu yang disuruh oleh agama Islam. Bukan kita buat penyembelihan ini atas dasar untuk menghina agama lain.

"Sebelum saya menjalankan aktiviti di sekolah, kita telah berbincang dengan semua guru saya. Guru-guru saya ada yang Cina, ada India, yang bukan Islamlah," katanya.

Katanya, pihak sekolah memberitahu guru dan pelajar berbangsa India, serta golongan bukan Islam lain untuk dipisahkan dari upacara tersebut.

“Kami tidak membenarkan mereka melihat,” katanya.

Mohd Amin berkata, beliau akan mendapatkan pandangan kesemua guru termasuk bukan Islam berhubung aktiviti sekolah seperti itu.
NGO: Persoal ibadah korban perbuatan biadab
 
Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang cuba menyentuh sensitiviti agama dengan mempertikaikan penyembelihan lembu untuk ibadah korban baru-baru ini.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili empat NGO lain menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai satu tindakan biadab dan tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Beliau yang mewakili Sekretariat NGO Gabungan Negeri Selangor, Pertubuhan Gerakan Bersatu 69, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak, hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung IRIMM Kebangsaan Zainol Abidin Ahmad pula menasihati individu berkenaan supaya menghentikan perbuatannya itu kerana dikhuatiri boleh mencetuskan konflik antara kaum.

Sebelum ini, tersebar di laman media sosial rakaman panggilan telefon antara seorang lelaki dengan pengurusan Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya (SKPJ) selepas sekolah berkenaan menjalankan ibadah korban di sekolah tersebut.

Lelaki yang mendakwa membuat panggilan dari luar negara itu menuduh pihak sekolah tidak menjaga sentimen penganut agama Hindu apabila melaksanakan majlis korban.

- Bernama
Nazri: Kamu lawan saya, saya 'bunuh' kamu
 
Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan berganjak dalam keputusannya berhubung isu pengambilan tanah dan kerja perobohan sebahagian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo di Pudu.
Nazri menegaskan bahawa perbinaan bangunan dan gelanggang bola keranjang di sekolah itu dibuat di atas tanah kerajaan,
Katanya, pihak sekolah boleh bertemu dengan kerajaan dan mengakui kesilapan kerana mengambil tanah yang bukan milik mereka.
Malah, kerajaan juga akan mengambil sikap terbuka sekiranya sekolah tersebut menyatakan hasrat untuk menyewa tanah berkenaan.
NONE"Kami ini waras. Jangan lawan dengan kami. Itu tanah saya (kerajaan). Jangan kamu tanya apa yang perlu saya lakukan.

"Datang jumpa saya, dan kata kami minta maaf. Saya menggunakan tanah kamu dalam tempoh 30 tahun, termasuk kawasan letak kereta... Tak ada masalah.

"Kamu lawan dengan saya, saya lawan balik. Saya bunuh (tewaskan) kamu.
"Saya rampas balik tanah itu. Jangan timbulkan sesuatu yang tidak diingini dengan saya. Itu tanah kerajaan. Itu tanah saya," tegas Nazri dalam sidang media pagi ini.

Masalah boleh dirunding

Dilaporkan kira-kira 300 orang berkumpul pada 24 September lalu bagi membantah hasrat pengambilan tanah dan perobohan sebahagian daripada sekolah itu oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Bagaimanapun perobohan dijadualkan berlaku pada tarikh tersebut ditangguhkan dan mereka mendesak supaya mereka membatalkan hasrat sekiranya jujur.

NONEMengulas lanjut, Nazri berkata walaupun pengambilan tanah oleh pihak sekolah terbabit itu berlaku dalam tempoh yang lama, kerajaan mempunyai "kewarasan dan ia boleh dirunding".

"Kita boleh bincang. Rundinglah. Saya bukannya tidak waras," katanya.

Ditanya sama ada beliau ada mengajak pihak sekolah berbincang mengenai masalah tersebut, Nazri berkata beliau tidak pernah mengajak mereka untuk berbincang memandang tanah itu adalah tanah kerajaan dan beliau adalah menteri.

Sebaliknya, Nazri yang juga ketua Umno Padang Rengas menegaskan pihak sekolah yang mahu berbincang dengan kerajaan.

"Sekiranya kamu bersedia untuk bertemu dan mengakui kesilapan dan kamu memohon (kepada kerajaan) untuk menyewa tanah, OK, kita duduk dan berbincang.

"Kata 'ya', tidak ada masalah. Lihat, saya seorang yang waras. Saya kata, tulis surat kepada saya, kata 'ya', tiada masalah. Saya waras.

"Jangan lawan dengan saya, itu tanah saya. (Jika tidak), saya hambat kamu keluar," katanya.
MP: Kementerian patut saman 'penaja' K-Pop
 
MP Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat yang mungkir janji untuk menaja bayaran RM1.6 juta bagi persembahan K-Pop semasa sambutan Hari Belia 2012.
NONEKatanya, janji mulut seperti itu boleh dikenakan tindakan di mahkamah kerana ia tetap merupakan satu perjanjian.

“Saya harap menteri membawa perkara ini ke mahkamah... atau kita boleh anggap bahawa ia hanya satu alasan untuk menyalah satu syarikat tidak dikenali,” katanya.

Beliau juga menuntut menteri belia dan sukan untuk mendedahkan nama syarikat terbabit.

Menterinya Khairy Jamaluddin dalam satu jawapan bertulis di parlimen kepada Pua menyebut bahawa unit pemasaran dan penajaan Hari Belia 2012 pada awalnya menerima pengesahan “lisan” dari syarikat tertentu berhubung bayaran tersebut.

Khairy menjelaskan bahawa kementerian tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas syarikat berkenaan yang menarik balik tajaan pada saat akhir kerana ia dibuat atas tanggungjawab sosial syarikat tersebut.

Tiada ulasan: