Selasa, 22 Oktober 2013

SATU BERLANDASKAN QORAN DAN HADIS SATU ATAS SEMANGAT KAUM@ASSABIYAH

Umno dan PAS jauh berbeza

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 22 Okt 2013



Saya membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini di dalam Sinar Harian yang menyebut bahawa PAS dan UMNO banyak persamaan. Kedua-dua katanya mendukung Islam dan ingin membawa kebaikan kepada ummah.

Pada saya, kenyataan ini tidak lain hanyalah kenyataan yang berniat mahu mengumpan undi sahaja khususnya di pilihanraya kecil DUN Sungai Limau nanti. Jika disebut tentang persamaan, bukan sahaja UMNO dengan PAS, bahkan UMNO dan komunis pun ada persamaan. Lihat komunis di China, mereka membangunkan China dengan membina pelbagai infranstruktur untuk rakyat. Jika UMNO mendakwa mereka membawa pembangunan untuk rakyat, maka ada persamaan di antara UMNO dengan komunis.

Saya tidak kata UMNO komunis. Tetapi cara hujah seorang Timbalan Perdana Menteri itu tidak kena letak duduknya. PAS berusaha membawa Islam yang syumul. UMNO mengambil Islam sekerat-sekerat. Ada kerja yang baik dilakukan oleh UMNO tetapi dalam masa yang sama, banyak kerja tidak baik yang turut dilakukan oleh mereka. Kerja baik itu tidak ada nilai jika di dalam masa yang sama mereka menerima Islam secara sekerat-sekerat. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. - Surah At-Taubah, ayat 19.

Perhatikan ayat ini di mana Allah SWT mengherdik sikap orang-orang kafir Quraisy yang berbangga dengan amalan mereka memberi minum para jemaah haji. Ya, benar itu amalan yang mulia. Tetapi jika dibandingkan dengan iman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah SWT, amalan memberi minum para jemaah haji masih jauh rendah nilainya.

UMNO hanya melaksanakan Islam yang kosmetik tetapi meninggalkan roh Islam yang sebenar. Di dalam perundangan, Islam dijadikan tempelan semata-mata dan bukan didaulatkan dengan cara yang sepatutnya. Dalam isu kalimah Allah sebagai contoh, dijadikan tajuk besar kononnya UMNO berjuang habis-habisan agar orang-orang Islam sahaja boleh menggunakan kalimah Allah. Tetapi itu cerita sebelum pemilihan. Adapun selepas pemilihan, baru keluar cerita kecil bahawa keputusan mahkamah yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah itu tidak terpakai kepada Sabah dan Sarawak. Dalam erti kata lain, barangkali hanya orang Islam di semenanjung sahaja jatuh murtad jika benarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, adapun orang Islam di Sabah dan Sarawak lain hukumnya.

Hakikatnya, UMNO dan PAS tidak sama. Bahkan jika permimpin UMNO menyatakan sama sahaja di antara kedua-dua part ini, saya persilakan ahli-ahli UMNO untuk mengundi PAS kerana mengambil kira pandangan pemimpin mereka bahawa kedua-duanya hanyalah sama. Adapun ahli dan penyokong PAS tiada pilihan kecuali mengundi PAS kerana pandangan pemimpin PAS yang bertegas bahawa kedua-duanya tidak sama.

Sebenarnya UMNO tidak usahlah memakai topeng. Wajah UMNO terlalu sukar untuk disembunyikan. Sekalipun menjerit mendaulatkan bangsa Melayu, tetapi hak Melayu di Kelantan tetap dinafikan. Pada UMNO, hanya orang-orang UMNO sahaja Melayu, selain mereka tidak boleh bergelar Melayu. Ini bukan perjuangan Melayu, ini sebenarnya perjuangan meruntuhkan Melayu.

Apapun tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menang di pemilihan UMNO baru-baru ini. Melihat kepada senarai kepimpinan UMNO yang baru, pada saya ia hanyalah kereta lama yang diketahui bermasalah yang masih terus dipandu oleh pemandu yang lama yang juga bermasalah.

Sekian, wassalam.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh: 17 Zulhijjah 1434H bersamaan 22 Oktober 2013M

Contoh soalan bodek

http://omakkau.blogspot.com, 22 Okt 2013

CONTOH SOALAN BODEK KERTAS PEPERIKSAAN!!!


Macam ini punya soalan untuk kertas peperiksaan pun ada .... betul-betul membantutkan kesuburan keintelektualan para pelajar...TIADA CLASS LANGSUNG.

SALAM BODEK 1M'SIA.

Bila blogger Umno fitnah calon PAS, terserlah kebodohan

http://www.kedahlanie.info, 22 Okt 2013

Apabila blogger BN UMNO cuba fitnah calon PAS Sg Limau, tapi terserlah pula kebodohannya..!!!


http://mymedialab.blogspot.com/2013/10/prksglimau-calon-pas-kantoi-ijazah-amal.html
di jawab oleh Ust Nazmi Karim

Kenapa lah suka sangat sesetengah orang menimbulkan fitnah ye...


Ada ke istilah diploma talaqqi? hahaha sudah kantoi la tambi. Get yourself educated first la tambi sebelum post kat sini.

talaqqi tu salah satu dari kaedah belajar ilmu agama dey! maksudnya belajar secara face to face dengan guru! bukannya Diploma talaqqi. Ada faham tak dey ???!

Biodata beliau :

NAMA : USTAZ MOHD AZAM BIN ABD SAMAT
UMUR: 37 TAHUN
KELAHIRAN : DI KAMPUNG GELAM 2, DAN DIBESARKAN DI PONDOK BUKIT BESAR
TEMPAT TINGGAL: NO 1, TAMAN MARKISA, 08800 GUAR CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN.
STATUS : BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 5 ORANG ANAK

PENDIDIKAN:

-SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT BESAR.
- SEKOLAH MENENGAH AGAMA AN-NAHDZAH.
- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH.
- IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH ISLAMIYAH, UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR.
- PENGAJIAN TALAQQI DI SYRIA.
- DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM (KPLI)

PENGALAMAN :

- PENOLONG SETIAUSAHA PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR
(PMRAM)
- PANEL PENGUBAL SOALAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) .
- KETUA PEMERIKSA STAM PERINGKAT KEBANGSAAN DI BAWAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
- PENCERAMAH BAGI MATAPELAJARAN PEPERIKSAAN STAM.

lagi satu kenapa bila syiria je dikaitkan dengan syiah? sedangkan syiria bukan lah Iran dan adalah syiah alawiyah yg hanya minoriti dan tidak begitu diamalkan di syiria!

walaupun pemerintah syiria adalah syiah tapi majoriti penduduk, masjid, institusi pendidikan bahkan ramai ulamak ASWJ tersohor adalah dari syiria! (e.g. As Syahid Syeikh Ramadan Al Buti).

Bantah GST di laluan masuk parlimen Jumaat ini

Anis Nazri, 22 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan himpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sempena pembentangan Bajet 2014, Jumaat ini.

Himpunan yang akan diadakan di laluan masuk bangunan Parlimen itu akan diadakan pada jam 3 petang.

Antara agenda yang akan diadakan pada himpunan itu ialah pidato daripada wakil-wakil parti politik dan NGO, flashmob, dan penyerahan memorandum kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Selepas selesai penyerahan memorandum tersebut, satu sidang media juga dijadualkan akan diadakan.

Sehubungan itu, DPPM menyeru orang ramai agar menyertai himpunan tersebut bagi menyatakan pendirian terhadap pelaksanaan GST yang membebankan.

Isu kontroversi GST ini akan dimasukkan ke dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelaksanaan GST ini disifatkan membebankan rakyat, khususnya kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Pulih projek terbengkalai perlu biaya besar

Wawancara|Harakahdaily, 22 Okt 2013

PROJEK perumahan terbengkalai banyak memangsakan pembeli berbanding syarikat pemaju. Apa usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu memulihkan projek terbengkalai? Ikuti wawancara wartawan Harakahdaily, AHMAD TAJDID  dan SAIDAH HAIRAN dengan PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR NEGERI SELANGOR, ISKANDAR ABDUL SAMAD di pejabatnya di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, 17 Oktober lalu.




Harakahdaily: Setakat mana usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah rumah terbengkalai?

Iskandar Abdul Samad: Kita tubuhkan 'one stop center' (pusat sehenti) iaitu jawatankuasa penyelesaian projek terbengkalai.

Sebenarnya kerajaan negeri tidak mampu peruntukkan wang untuk selesaikan projek rumah terbengkalai. Di Selangor sahaja terdapat 49,000 unit rumah terbengkalai. Untuk memulihkan kesemua projek terbengkalai, kita perlukan lebih kurang RM4 bilion hingga RM5 bilion. Ini untuk Selangor sahaja.

Masalah utama projek terbengkalai ini adalah dari segi peningkatan kos. Apabila kos meningkat, siapa yang hendak tanggung kos itu? Baru-baru ini saya minta pihak Lembaga Perumahan sediakan satu kertas untuk tiga projek terbengkalai yang boleh kita selamatkan. Ia perlu suntikan lebih kurang RM10 juta hingga RM15 juta.

Contohnya rumah itu terbengkalai lebih kurang 30 tahun. Mereka (pembeli) beli dulu dengan harga RM120,000 seunit. Ada pemaju bersetuju untuk selamatkan. Masalahnya untuk bina semula, harganya meningkat kepada RM290,000 seunit. Siapa hendak tampung RM170,000? Ini yang kita tengah bincang.

Kebanyakan kes yang kita hadapi membabitkan peningkatan kos untuk menyiapkan rumah. Contohnya satu projek terbengkalai ada 40 unit. Satu unit yang hendak dibaik pulih babitkan kos RM150,000. Kali 40 unit rumah (RM6 juta). Kerajaan negeri memang tak mampu hendak bantu semua. Apa yang kita buat, kita hendak mudahkan. Kita bagi kebenaran kepada pemaju untuk jual rumah yang tidak terjual dengan harga yang lebih mahal supaya dapat menampung penambahan harga rumah yang lain.

Ada tempat yang kita selamatkan. Contohnya pemaju kena buat enam blok rumah kos rendah. Tetapi tidak ramai yang mahu membeli enam blok rumah kos rendah di kawasan itu. Jadi kita benarkan pemaju buat tiga blok rumah kos sederhana dan tiga blok rumah kos rendah supaya dapat tampung semula kos pembinaan.

Ini kerana duit itu tidak datang dari sesiapa. Kerajaan Persekutuan pun dalam bajet lepas (Bajet 2013) hanya memperuntukkan RM200 juta untuk pulihkan projek terbengkalai. Sedangkan kita membelanjakan RM90 juta untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai di Bukit Botak (Selayang). Ini memang satu masalah besar kecuali jika ada suntikan kewangan yang besar.

Satu lagi kaedah adalah pemaju membayar pampasan kepada pembeli untuk penduduk tarik diri. Ini satu cara.


Setakat ini apa tindakan yang dibuat terhadap syarikat khususnya yang banyak terlibat dengan projek terbengkalai?

Kebanyakan syarikat (yang bermasalah) itu sudah tidak wujud. Ada cadangan supaya akta baru digubal untuk membolehkan pemilik syarikat pemaju yang bermasalah didakwa dan dikenakan hukuman penjara. Saya hendak tengok akta ini dilaksanakan.

Di Selangor, kita senarai hitamkan syarikat pemaju tersebut. Kita pernah cuba masukkan kaveat (caveat) dalam projek perumahan terbengkalai supaya pemaju tidak boleh buat apa-apa. Apabila dicabar di mahkamah kita kalah. Kita tidak boleh buat apa-apa.

Jika (kerajaan negeri) hendak rampas (tanah itu) boleh, tetapi kita kena bayar.   Macam di Bukit Botak kita rampas tapi kita kena bayar.  Banyak benda yang kita buat macam mana kita hendak halang, kita masuk kaveat lepas itu kita kalah. Saya rasa undang-undang ini kena ditukar (untuk melindungi kepentingan pembeli).

Kalau kita guna Akta Pengambilan Tanah hendak rampas (tanah projek terbengkalai), kita kena bayar dengan harga yang ditetapkan oleh Jabatan Penilai.

Tiada ulasan: