Sabtu, 19 Oktober 2013

MUNGKIN YANG BERILMU SOMBONG KERANA TINGGI ILMUNYA...YANG TAK MAU BELAJAR JUGA SOMBONG KERANA ENGGAN MEMPERBAIKI@MENAMBAH ILMU YANG ADA...MENJADI MEREKA TERUS2AN JAHIL

Tangguh PLKN sehingga kajian semula dibuat

Harakahdaily, 18 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menggesa kerajaan mengkaji semula matlamat asal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sehingga kini telah mengakibatkan 22 kematian pelatihnya sejak diperkenalkan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu juga wajar ditangguhkan sementara kajian semula dibuat.

Menurutnya, program yang menelan belanja ratusan juta ringgit itu sehingga kini menimbulkan pelbagai masalah serta matlamatnya meragukan.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat juga menggesa satu jawatankuasa khas Parlimen dibentuk untuk memberi ruang membincangkan sama ada meneruskan program berkenaan atau membatalkannya.

“Matlamat perpaduan negara, matlamat disiplin dan keselamatan kerana setakat ini dari awal dah terdapat 22 kematian dalam perlaksanaan PLKN,” katanya pada media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR semalam.

Sementara itu, pada persidangan Dewan Rakyat yang lalu, PAS telah menyatakan pendirian tegas agas keberkesanan PLKN itu dikaji semula.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin ketika membangkitkan perkara itu berkata, kes kematian pelatih yang terus berlaku itu perlu dibincangkan secara serius kerana ia membimbangkan rakyat Malaysia, khususnya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke PLKN.

Malah, tambah beliau, selain kematian dalam latihan PLKN, terdapat juga dakwaan berkaitan kes rogol yang berlaku di kem tersebut.

Beliau juga turut mengemukakan usul bagi membincangkan isu tersebut di bawah Peraturan mesyuarat 18 (1) dan (2), bagaimanapun ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat di dalam kamar kerana dikatakan isu itu sedang dalam siasatan pihak polis.

PAS Bayan Baru dapat ketua baru

Mohd Sabri Said, 18 Okt 2013
GEORGETOWN: Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang dan PAS Bayan baru masing-masing mendapat ketua baru pada pemilihan yang diadakan baru- baru ini.

Ustazah Hasnah Idrus diamanahkan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri sessi 2013 -2015. Timbalanya disandang oleh Cikgu Asnah Hashim iaitu bekas calon PAS Bayan Lepas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13 lalu dan jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat diamanahkan kepada Ustazah Rahmah Mat Isa yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri sesi lepas.

PAS Bayan Baru juga beralih kepimpinan apabila Iszuree Ibrahim menjawat jawatan Yang Dipertua (gambar). Timbalan Yang Dipertua disandang oleh Haji Zainol Anuar. Naib Yang Dipertua diberikan kepada Ustaz Tafiqulrahman.

Ketua Urusan Ulama diamanahkan kepada Ustaz Nazri, Ketua Dewan Pemuda, Zulfahmi mananakala Ketua Dewan Muslimat masih dipimpin oleh Asnah Hashim.

YDP PAS Bukit Bintang kembali ke rahmatullah

Harakahdaily, 18 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim, 50, meninggal dunia kira-kira jam 9.00 malam tadi di rumahnya berhampiran Masjid Sri Rampai, di sini.

Beliau menghadapi komplikasi penyakit buah pinggang dan kencing manis.

Jenazah allahyarham dimandikan sekitar jam 9.30 pagi ini di Masjid Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Samudera sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lima orang anak, dua daripadanya perempuan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menziarahi allahyarham.

Pada Mesyuarat Agung PAS kawasan yang diadakan 26 September lalu, beliau mengekalkan jawatan Yang Dipertua dalam pertandingan dua penjuru.

Anwar diberi penghormatan berkhutbah di Masjid Adelaide

http://omakkau.blogspot.com, 18 Okt 2013

RAKAMAN GAMBAR YANG PASTI TIDAK DITERBITKAN UTUSAN DAN BERITA HARIAN MALAHAN BAKAL BUAT JUAK-JUAK UMNO BERANG!!!! ... DSAI DIBERI PENGHORMATAN BERKHUTBAH SOLAT JUMAAT DI MASJID ABU BAKAR, ADELAIDE, AUSTRALIA!!!!


Walaupun Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak, siang malam pagi petang tanpa kira waktu dan masa terus menerus serang dan hentam Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu reka cipta seperti ejen asing, boneka Amerika, peliwat, pengkhianat dan sebagainya namun beliau tetap diberi penghormatan oleh para pegawai Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk menjadi Khatib menyampaikan kutbah solat Jumaat.

Suatu penghormatan yang amat jarang diberikan oleh para pegawai masjid berkenaan untuk pemimpin luar negara.

Paling menkjubkan sekali apabila ribuan penuntut dan rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk mendengar sendiri kutbah yang disampai oleh DSAI dalam Bahasa Inggeris.

Omak Kau sehingga kini belum lagi nampak maupun diberitahu dengan bukti bahawa Najib Razak ada menyampaikan khutbah Jumaat di mana-mana masjid dalam negara maupun di luar negara.

Begitu juga dengan pemimpin yang dijulang oleh juak-juak UMNO sebagai pemimpin Islam yang paling tersohor dan terhebat sekali seantaro dunia yang digeruni lawan dan ditakjub kawan, Tun Dr Mahathir Mohamad .. Omak Kau tidak pernah nampak lagi dengan bukti melakukan apa yang dilakukan oleh DSAI.

Di situ kita boleh nilai siapa pemimpin negara kita yang hebat.

SPRM: Lambat tetapi belum terlambat

Hambali Akram,
Cadangan SPRM supaya satu undang-undang baru diwujudkan bagi bagi mengenakan hukuman termasuk mendakwa penjawat awam yang menyalahguna kuasa dan membelakangkan kepentingan awam sehingga menyebabkan pembaziran wang rakyat akan dicadangkan digubal dalam masa terdekat.

Cadangan ini amat bagus tetapi agak lambat namun amat dialu-alukan. Hal ini kerana, pendedahan Laporan Ketua Audit Negara tentang salah guna dan ketirisan dana awam bukanlah baru berlaku. Perkara yang sama telah didedahkan dalam beberapa laporan audit sebelum ini. Namun, tindak balas dari SPRM amat mengecewakan.

Memang benar, dalam urusan jual beli apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan harga tersebut, tiada unsur rasuah. Sebagai contoh jika saya ingin membeli sebuah komputer yang harga semasa ialah RM2000, tetapi saya ingin membayarnya RM8000 – tentu sahaja penjual seronok sebab mendapat keuntungan lebih. Jual beli itu sah! Dan orang lain tidak perlu bising sebab itu hak saya mahu bayar lebih.

Namun dalam kes laporan audit ini ialah, duit yang digunakan bukan duit si pembeli – dengan kata lain duit rakyat. Jual beli itu sah tetapi kenapa membazirkan duit rakyat dalam suatu perkara yang tidak sepatutnya. Seperti kata-kata popular “legally right but morally wrong!”.

Perkara inilah yang perlu disiasat. Rakyat ingin tahu kenapa harga sesuatu barang itu dibayar teramat tinggi berbanding harga semasa? Adakah duit baki daripada harga tersebut dapat 100 peratus kepada penjual atau disalurkan kembali kepada pembali?

Banyak lagi persoalan yang tidak terjawab. Jadi amat elok jika undang-undang baru itu digubal secepat mungkin dan rakyat mahu tahu siapa kakitangan yang terbabit dan kenapa berlaku. Juga, jangan lupa bagaimana wang rakyat RM250 juta dipinjamkan kepada suami seorang menteri untuk berniaga. Bagaimana begitu mudah pinjaman yang besar diberikan kepada sebuah syarikat yang tiada pengalaman berniaga? Jika begitu mudah, saya pun mahu meminjam juga!

Akhir sekali, harapan saya ialah apabila undang-undang baru ini dibentuk, jangan hanya ikan bilis sahaja yang terkena sedangkan jerung bebas bermaharalela.

Tidak tahu elok bertanya

Ahmad Baei Jaafar, 17 Okt 2013
Dalam satu majlis sambutan hari raya Aidiladha semalam, pengerusi majlis meminta semua jemputan bertakbir raya. Lalu bergemalah suara takbir pada malam itu. Persoalannya, apakah takbir itu masih disunatkan atau dalam kata lain menjadi sunah Rasulullah atau tidak?

Persoalan ini jika diajukan kepada orang ramai, mereka akan mengatakan bahawa, “Takbir itu perkara, baik takkan tidak disunatkan.” Jawapan lain, “Radio dan televesyen sering menyiarkan takbir itu sehingga 13 Zulhijjah.” Jelas daripada jawapan itu, mereka tidak berlandaskan ilmu yang sebenar. Beramal tanpa ilmu tentulah tidak dinilai oleh Allah.

Sebenarnya, ramai yang terkeliru tentang hukum takbir raya. Memang pada dasarkannya sunat bertakbir sebagai tanda syukur. Tetapi untuk melaksanakannya amalan itu tentu terdapat sunnahnya pula, ada kaedah dan ada tata caranya. Maknanya kalau kita tidak ikut garis panduannya, kita tidak dapat pahala walaupun tidak berdosa. Inilah yang selalu disebut sebagai makruh.

Takbir hari raya, sama ada Aidilfitri atau Aidiladha terbahagi kepada dua jenis; takbir mulsal dan takbir muqaiyad. Lihatlah perbezaan kedua-duanya:

Takbir Muqaiyad: Takbir yang mengiringi solat termasuk solat sunat dan jenazah. Takbir ini terikat dan berkait dengan solat yang dilakukan. Waktunya bermula dari waktu Subuh hari Arafah sehingga sebelum terbenam matahari hari ke 13 Zulhijjah. Walaupun waktunya panjang tetapi masa untuk takbir tidak luas. Maka tidak bolehlah kita bertakbir daripada rumah ke rumah sewaktu ziarah selepas solat hari raya. Tidak bolehlah juga takbir sebagai pembukaan sesuatu majlis untuk jamuan hari raya.

Tetapi untuk hari raya Aidilfitri, masanya hanya selepas masuk 1 Syawal hingga imam mulakan solat Aidilfitri. Maknanya takbir ini amat terhad. Sebab itu sesiapa yang terlepas waktu takbir ini amat besar ruginya.

Takbir Mursal: Takbir yang tidak terikat dengan masa dan tempat, boleh dilakukan dalam keadaan apa juga sekalipun kecuali di dalam tandas. Waktu takbir ini bermula daripada terbenam matahari hari raya; Aidilfitri pada satu Syawal dan Aidiladha pada 10 Zulhijjah. Berakhir takbir ini pada sebelum imam takbiratul-ihram solat sunat hari raya.

Takbir ini boleh dialunkan bukan sahaja di rumah-rumah yang kita ziarah pada malam raya itu, malah boleh dibaca dalam kenderaan dan sewaktu membeli belah pada malam raya atau pagi raya. Selepas Solat hari raya tidak ada lagi takbir mursal.

Supaya kita tidak terlepas begitu sahaja amalan sunat dan sunnah ini marilah kita baca takbir ini sendiri sewaktu solat sunat dan ikut imam jika kita solat berjemaah. Rugi kalau tidak takbir kerana ganjarannya amat besar.

Tiada ulasan: