EMPANGAN MELIMPAH Keadaan Lembah Bertam sekitar tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron Highlands selepas dilanda banjir lumpur. - Foto Muhaizan Yahya/BH]
Air deras setinggi 4 meter bawa bersama lumpur, pokok, pasir rempuh Lembah Bertam

Cameron Highlands: Tiga maut, seorang lagi hilang apabila air yang dilepaskan dari Empangan Sultan Abu Bakar, di Ringlet, di sini, tengah malam dan awal pagi semalam menyebabkan banjir lumpur, di Lembah Bertam.
Aliran air membawa sampah sarap, pokok dan pasir menyebabkan Sungai Bertam melimpah serta menghanyutkan kira-kira 80 rumah, yang terletak di tebing sungai itu.


Kira-kira 15 rumah sebahagian besarnya diperbuat daripada papan lapis dan zink serta didiami warga asing ranap sama sekali, manakala 100 kenderaan turut rosak.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/