Khamis, 3 Oktober 2013

BILA KERA DAPAT BUNGA

Audit: Janji Najib mahu berubah hanya sandiwara

Harakahdaily, 03 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Selagi Laporan Ketua Audit Negara tidak disusuli dengan tindakan undang-undang atau pengukuatkuasaan, selagi itulah pembaziran akan terus berlarutan.

“Hanya sekiranya sebarang penyelewengan dan salah laku dalam laporan ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya, barulah kita boleh mengharapkan perkara-perkara pelik ini tidak berlaku lagi,” tulis Shahbudin Husin.

Sebab itu, kata blogger politik itu, desakan pihak pembangkang ke arah itu sewajarnya disambut baik oleh Najib jika beliau masih ingat dan berpegang pada janji mahu berubah yang pernah dilafazkannya sebelum ini.

Baginya, laporan audit itu secara langsung juga menelanjangkan kelemahan pengurusan dan kerajaan yang sedang dipimpin Najib.

Menurutnya, sementara rakyat terus dibebankan dengan kos hidup yang tinggi, disaran mengubah gaya hidup, diminta menerima pengurangan subsidi dengan hati terbuka tetapi dalam masa yang sama, rakyat juga didedahkan bukan saja dengan kemewahan dan keborosan pemimpin tetapi juga sikap dan perangai yang tidak mahu berubah dalam berbelanja menggunakan wang rakyat, menggambarkan suatu kontradiksi sedang berlaku dalam kerajaan Najib ini.

“Janji untuk berubah terbukti tidak lebih hanya sandiwara sebelum pilihanraya atau umpama kata-kata manis sang penggoda sebelum apa yang dihajati jatuh ke riba,” tulisnya lagi.

Baca di sini


Kenyataan Media MAPIM
3hb Oktober 2013

TAHAN DAHULU PERBEKALAN TAMBAHAN YANG DIPOHON
...Continue Reading
Like · · · 59 minutes ago ·

Betulkah Mukhriz naik tanpa aura bapa?

Subky Latif, 03 Okt 2013
Datuk Mukhriz menolak bahawa kenaikan meandadaknya dalam politik hingga menjadi Menteri Besar Kedah justeru aura bapanya Tun Dr Mahathir.

Mungkin benar bapanya tidak menggalakkan dia menyertai pollitik semasa bapanya masih dalam kekuasaan, tetapi bagaimana Mokhzani boleh jadi rang kuat Umno Bahagian Merbok semasa ketuanya Tun Daim Zainuddin. Bahkan Mokhzani juga jadi orang kuat Pemuda Umno Malaysia masa itu.

Cuma Mokhzani tidak diberi kerusi. Mungkin juga Mokhzani mengira lebih menguntungkan kiranya aura bapanya untuk membolot berbagai-bagai peluang dalam perniagaan daripada mendapat kedudukan dalam politik.

Dengan aura itu dia sudah jadi orang terkaya di negara ini.

Mukhkriz memang pada peringkat awal tidak dapat menumpang aura bapanya. Dia kalah untuk mendapat tempat dalam Pemuda Umno Bahagian Kuang Pasu.

Bukan sekadar Mukhriz saja yang ditolak oleh warga Umno Kubang Pasu, tetapi masa itu Dr Mahathir sendiri gagal  dalam usahanya untuk menjadi salah seorang perwakilan Umno Bahagian itu untuk ke Perhimpunan Agung Umno. Bahkan untuk mendapatkan Dewan di Jitra pun ditolak oleh pihak berkuasa tempatan semasa kerajaan  BN.

Tetapi sesudah bapanya kembali berpengaruh, pengaruh Osman Arof pun kian pudar, aura politik bapanya itu mulai ada bagi anak bapa itu.

Payah orang percaya dia tidak dapat sedikit aura pun untuk duduk dalam exco Pemuda Umno Malaysia.

Mukhriz boleh dikira tidak banyak masa di Kedah dan dia dibesarkan di luar Kedah. Itu ada antara yang menyebabkan dia kalah peringkat awal untuk dapat kedudukan dalam Pemuda Umno Kubang Pasu.

Bagi orang biasa yang tidak banyak masa dengan Kedah, tidaklah mudah untuk dapat kedudukan dalam politik di negeri itu.

Bukan ganjil bagi anak orang besar Umno untuk dapat kedudukan dalam politik melalui aura bapanya. Najib belum sempat berpoliltik ketika bapanya Perdana Menteri Tun Razak meninggal dunia. Aura bapalah yang menjadikan dia calon bagi menggantikan bapanaya dalam Pillihan Raya Kecil Pekan.

Datuk Seri Hishamuddin juga belum berpolitik semasa bapanya bersara dari Perdana menteri. Pemuda Umno Ledang memberinya laluan. Perdana Menteri Mahathir juga tidak menghalangnya.

Kerana Tun Hussein Onn pernah memberi laluan kepada Abdullah Badawi untuk menjadi Setiauaha Parlimen Wilayah Persekutuan dan dinaikkan setingkat demi setingkat, maka apabila Abdullah dapat kuasa, dia rasa bertanggungjawab untuk membalas yang Hussein Onn pernah beri kepadanya.

Hisham pernah bergocoh dengan Pemuda Umno Ledang peringkat awal dia mendekati Umno. Tetapi aura melupakan semuanya, Hisham menjadi calon walaupun belum banyak pengalaman sebagai aktivis parti.

Jangan ditolak peranan bapanya membantu Mukhriz menjadi calon di Jerlun. Dia bukan aktivis Umno Jerlun. Dia baru ada tempat di Kubang Pasu.

Semua tahu bapanya yang selalu berulang alik ke Langkawi suka anaknya dijadikan calon di Langkawi kalau tidak di Kubang Pasu. Ia diketahui umum.  Pak Lah tidak dapat tempatkan anak Mahathir itu di Langkawi dan di Kubang Pasu, maka dia terpaksa diberi di  Jerlun yang dia tidak dari bahagian itu.

Kerana aura bapanyalah maka orang kuat Umno Jerlun tidak jadi calon Parlimen Jerlun kerana ia diberikan kepada anak Dr Mahathir. Jika Mukhriz sebagai orang luar dari situ bukan anak Dr Mahathir, adakah dia dijadikan calon di Jerlun?

Jangan sombong untuk kata Najib memberi laluan kepadanya untuk jadi Menteri Besar Kedah bukan kerana dia bukan anak Dr Mahatahir. Semua tahu bapanya mahu anaknya memimpin Umno Kedah. Dan sekarang aura itu juga diperlukan untuk merebut kerusi Naib Presiden Umno. Publisiti untuknya menonjol dari calon lain. Najib juga permainkan aura itu supaya Mahathir tidak banyak ganggu pentadbirannya.


Audit: 7,659 kasut Kastam bernilai RM602,089 rosak
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Oktober 2013

SHAH ALAM - Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan baki kasut dibeli pada tahun 2009 oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak diagihkan sehingga...See More
Like · · Promote ·

Laporan audit: Patutlah bajet defisit!

Syed Abdullah Syed Osman,
Lapuran Audit Negara mengemparkan banyak pihak termasuk kakitangan awam itu sendiri. Hal ini kerana ketirisan perbelanjaan, boros dan membazir serta tidak pandai menguruskan peruntukan dan mengambil sambil lewa segala amanah yang dipertanggungjawabkan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Kementerian dan Jabatan kerajaan yang dianggap telus, cekap dan amanah serta mematuhi segala prosedur dan Perintah Am yang ditetapkan. Kini telah terbongkar diatas kelemahan mereka yang terlibat itu.

Pihak Kementerian dan Jabatan Kerajaan sepatutnya berterima kasih serta sikap terbuka kepada Ketua Audit Negara kerana mendedahkan kelemahannya dan memberikan kesedaran supaya pada tahun-tahun yang mendatang tidak akan berlaku perkara sebegini lagi dan bukannya membuat alasan dan komen yang kadangkala mengelirukan serta kurang bijak itu.

Pada saya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu meningkatkan lagi prestasinya dan mengubah sikap serta mendisiplin kakitangan awam dibawah perkhidmatannya dari masa kesemasa dan jangan hanya mengeluarkan arahan dan surat pekeliling itu dan ini tetapi membiarkan ianya berlalu dan berlaku begitu sahaja tanpa ada pantauan yang khusus terhadap segala apa juga arahan yang diberikan itu.

Sikap acuh tidak acuh Ketua Jabatan yang kadangkala bukan mempunyai berlatarbelakangkan kelulusan yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya adalah salah satu sebab dan punca mengapa pentadbiran kita ini lemah kerana dari segi profesionalismanya atau asas untuk mentadbir disesuatu jabatan yang perlukan pakar didalam bidang-bidang tertentu itu digantikan dengan mereka yang kurang arif dan bukan dari kalangan 'ahlinya' untuk duduk disitu.

Inilah masalah kita hadapi kini kalau dikaji daripada akar umbi mengapa dan kenapa apabila setiap kali dibentangkan lapuran audit jawapan dan masalah yang sama dihadapi setiap tahun. Belajarlah daripada kesilapan dan jangan terlalu ego apabila menghadapi situasi sebegini. Jabatan Audit Negara hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan dengan jujur dan saksama.

Ambillah contoh sebagaimana negara-negara maju yang lain seperti England. Walaupun penduduknya mencecah 60 juta dan negara mereka agak lebih kecil daripada Malaysia, tetapi disebabkan pentadbiran yang cekap dan berhati-hati serta pegang kepada prinsip menjadikan negara Britain ini diantara salah sebuah negara termaju dan teratur serta bersih didunia. Atau kita boleh ambil contoh Korea Selatan dan Jepun.

Malaysia mahu menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 hendaklah mengatur segala perancangan dengan lebih effisen dan menepati sasarannya. Patuhi apa yang telah ditetapkan dan dirancangkan dan pastikan tiada berlaku amalan rasuah atau penyelewengan dalam pentadbiran - kerana itu adalah petua utama sekali mesti dipatuhi sebagai persediaan ke arah sebuah negara maju.

Audit: Boros dan membazir, menteri sila jawab

Harakahdaily, 03 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendirian kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 jelas menuntut penambahbaikkan dan koreksi yang besar dalam cara agensi kerajaan berbelanja dan menguruskan aset.

“Kami juga berpendirian menteri kepada kementerian yang berkaitan dengan penyelewengan dan kecuaian itu harus turut bertanggungjawab dan menjelaskan kepada awam kenapa dan apakah punca penyelewengan serta kecuaian yang telah berlaku,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Bila ternakan sudah berkeliaran lari, baru hendak dikunci pagarnya.

Demikian analogi kami melihat satu demi satu salah perbelanjaan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Bila sudah berbilion ringgit yang dibazirkan dengan pembelian yang tidak diperlukan, pembayaran yang melampau tinggi dan kecuaian mengurus aset yang dibeli, barulah nasihat berhemat dan cermat dikeluarkan kepada agensi yang ditegur Ketua Audit Negara.

Jabatan Audit Negara sepatutnya dipuji kerana telah dapat mendedahkan kepincangan dalam  pengurusan perbelanjaan agensi-agensi kerajaan setiap tahun. Akan tetapi untuk melaporkan sahaja sudah tentu tidak memadai.

Sekarang dengan pelbagai pembaziran dalam perbelanjaan agensi-agensi yang dilaporkan itu, apakah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan?

Kami tidak dapat mengelakkan dari menyatakan kekesalan yang amat mendalam terhadap pembaziran berbilion ringgit dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Lebih kesal lagi, baru sahaja pihak Kementerian Kewangan mahu memohon peruntukan tambahan bernilai lebih RM14.12 bilion lagi atas alasan bajet yang diluluskan dalam pembentangan bajet terdahulu tidak mencukupi.

Rang Undang-Undang ini sekiranya diluluskan meliputi Jabatan Perbendaharaan mendapat peruntukan terbanyak iaitu RM11.854 bilion untuk Perkhidmatan Am Perbendaharaan dan RM606.9 juta untuk kegunaan Jabatan itu sendiri.

Dilaporkan bahawa  Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan yang dibentang pada 14 Septemebr 2013 untuk  diluluskan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan sekarang adalah untuk Kementerian Pendidikan sebanyak RM322.8 juta; Kementerian Kesihatan (RM300 juta), Kementerian Pertahanan (RM239 juta) dan Kementerian Dalam Negeri (RM205.1 juta).

Jika Jabatan Audit Negara telah mengenal pasti begitu besar ketirisan, pembaziran, salah beli dan salah urus perbelanjaan yang telah diluluskan sebelum ini, apakah justifikasi peruntukan tambahan yang dipohon mahu dilulus di Parlimen sekarang ini?

Kami mempersoalkan kenapa dari awal menyiapkan keperluan bajet semua agensi yang dihantar kepada perbendaharan setiap tahun, tidak melalui penelitian yang rapi bermula dari peringkat ia sedang dirangkakan lagi?

Bukankah sepatutnya pihak perbendaharaan memeriksa setiap bajet yang diutarakan hendaklah diperinci dan diteliti secara halusi, melihat satu butir ke satu butir, bertanya rasional dan alasan kenapa bajet itu dipohon hatta ke perkara yang paling kecil sekalipun?

Ini bukan kali pertama Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kepincangan dan salah berbelanja aset kerajaan yang dibeli dan diurus oleh setiap agensi.

Soalnya kenapa pembaziran dan kecuaian yang melibatkan berbilion ringgit wang awam yang dibelanja oleh pelbagai agensi itu masih menunjukkan kepincangan yang berulang.

Kami kesal kenapa pihak kerajaan tidak mengambil langkah bersungguh untuk menutup segala lompang dalam pengurusan yang telah berkali-kali dikenalpasti oleh Ketua Audit Negara.

Dengan yang demikian kami menggesa supaya Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ditangguh kelulusannya sehingga kerajaan menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki segala kelemahan dalam perbelanjaan kerajaan  sama ada negeri mahupun pusat.

Kami mengusulkan supaya prosedur penyiapan bajet bagi setiap agensi hendaklah disemak semula supaya suatu penelitian awal untuk menjustifikasi kelulusan setiap butir perbelanjaan yang dipohon itu hendaklah menjalani hujah dan rasional dengan kukuh, sebelum dilulus.

Kami berpendirian kepincangan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu jelas menuntut penambahbaikkan dan koreksi yang besar dalam cara agensi kerajaan berbelanja dan menguruskan aset.

Kami juga berpendirian menteri kepada kementerian yang berkaitan dengan penyelewengan dan kecuaian itu harus turut bertanggungjawab dan menjelaskan kepada awam kenapa dan apakah punca penyelewengan serta kecuaian yang telah berlaku.

CONTOH KERJA "PANDAI" KERAJAAN CGPA 3.85!!!! ... JAM HARGA RM100 DI BELI DENGAN HARGA RM3,810!!!!


Rakyat yang di labelkan bodoh dan tak reti apa dan salah belaka .. kalau beli sebuah jam yang harganya RM100 akian buat tawar menawar sampai paling kurang pun harganya jatuh ke RM70 sebuah .

Tetapi Kerajaan 1M'sia CGPA 3.85 punyalah bijak pandai bersih dari rasuah dan model ikutan kepada negara-negara membangun, didengki oleh negara-negara maju beli jam yang boleh dibeli di pasaran terbuka dengan harga RM100 sebuah tapi bertindak "bijak" beli dengan harga RM3,810.

Beli pun bukan sebiji tapi 20 biji... Hebat!!!!!

Lain-lain ulasan .. sendirilah ulas.




Khairul Hilmi Che Ali shared Batrisya Rayyan's photo.
FAKTA BUKAN AUTA Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai betapa teruk dan dahsyatnya ketirisan dan kebocoran Kerajaan UMNO/BN 1M'sia Rakyat Di Dahulukan Prestasi Di Utamakan pimpinan Najib Razak.
TranungKite Online shared King Jason's photo.
Tak cukop dengan skandal BODOH pembelian Sky hawk type A-1 yang 40 bijik tersadai kat Padang Pasir Arizona ..rugi beratus juta beli besi skrap.. Kalini negara di BANGKRUPKAN lagi dengan pembelian BODOH pesawat ringan yang ada fungsi apa apa untuk kawal negara. Begitulah sudahnya...makin bertambah hutang negara. .cukop cukop lah BERI BALA kepada negara kita wahai pemimpin melayu islam umno!!! — with Mohd Noor Sedik.


SHAH ALAM – Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu.

Tiga kumpulan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara ternyata bercanggah dengan kenyataan Ketua Setiausaha KBS pada masa itu, Datuk Mohid Mohamed yang dilaporkan berkata, tiada wang rakyat digunakan untuk membayar artis berkenaan.

Mohid berkata, persembahan pada Mei 2012 itu yang diuruskan oleh Stadium First Sdn Bhd, dibiayai dengan tajaan swasta.

Menurutnya, KBS menerima tajaan keseluruhan bernilai RM28 juta untuk himpunan itu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, KBS terpaksa menanggung pembayaran konsert tersebut setelah penaja menarik diri.

“Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana ketika itu ada tawaran daripada mereka untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran.

“Untuk makluman, acara konsert K-Pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya,” katanya di laman Facebook, semalam.

Khairy berkata, beliau memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 melibatkan kementeriannya.

“Jika kita serius melakukan transformasi ke arah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.

“Saya juga tidak boleh menggunakan alasan laporan ini melibatkan perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama bermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya,” katanya.

Katanya, beliau telah meminta maklum balas daripada pegawai KBS berkaitan perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Like · · · 51 minutes ago via mobile ·

Tiada ulasan: