Rabu, 30 Oktober 2013

AIR ANUGERAH ALLAH....MALAH SEMUA ANUGERAH ALLAH...TAPI KITA INGKAR PADA ALLAH SWT...ADA YANG KAYA RAYA DISEBABKAN AIR

Bertahun guna air karat
  • Bertahun guna air karat Zainal menunjukkan air keruh yang keluar dari paip rumahnya.
1 / 1
LINGGI - Penduduk di Rumah Rakyat Pengkalan Durian, di sini berdepan dengan masalah kualiti bekalan air paip yang tidak memuaskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penduduk, Nor Azman Baharudin, 46, berkata, masalah berkenaan sudah lama berlarutan menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan penapis air untuk menapis air bagi kegunaan harian.

"Tidak semua penduduk mampu membeli penapis air kerana harganya boleh mencecah hingga RM10,000.

"Lebih mengecewakan apabila kita terpaksa membersihkan alat penapis itu sekurang-kurangnya dua kali sehari memandangkan tahap kekotoran air sangat teruk," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Nor Azman berkata, bagi penduduk yang tiada penapis air, mereka terpaksa menunggu sekurang-kurangnya lima minit untuk mendapatkan bekalan air bersih.

“Pada lima minit pertama, air yang keluar berkarat, keruh dan berlaku pembaziran kerana air itu terpaksa dibuang begitu sahaja, malah setiap bulan kami terpaksa membayar bil yang agak tinggi.

“Selain kualiti yang tidak memuaskan, bekalan air juga kerap terputus. Dalam seminggu, pasti berlaku dua atau tiga kali bekalan tergendala tanpa sebarang notis,” katanya.

Nor Azman berkata,  masalah berkenaan sudah dimaklumkan kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) melalui pejabat Adun Linggi, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Sementara itu, Zainal Sharif, 59, berkata, sudah hampir 22 tahun dia sekeluarga mendiami perumahan itu, namun masalah kualiti air timbul sejak dua hingga tiga tahun lalu.

“Masalah ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana ia menyukarkan orang ramai,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Sains, Norzita Ismail berkata, Rumah Rakyat Pengkalan Durian antara kawasan menerima perkhidmatan bekalan air dari Loji Rawatan Air Sawah Raja yang mana ia merupakan loji terbaik negeri ini.
“Kita telah melakukan semakan dan mendapati semua operasi Sains berjalan dengan baik tanpa gangguan sehingga boleh menimbulkan masalah kepada pelanggan di kawasan berkenaan.

“Sains mengenal pasti kemungkinan tangki individu di setiap rumah penduduk tidak dibersihkan dalam jangka masa yang agak lama sehingga menimbulkan masalah kualiti air tersebut.

“Tangki air individu di setiap rumah perlu dibersihkan secara berkala bagi memastikan tahap kebersihan tangki sentiasa berada di dalam keadaan baik sekali gus mengelakkan masalah kualiti air yang digunakan setiap isi rumah,” katanya.

Sementara itu, Norzita berkata, bekalan terputus tanpa notis adalah berikutan kejadian paip pecah.

“Namun kita telahpun mengambil tindakan segera dengan membaiki paip berkenaan bagi memastikan pelanggan tidak berhadapan dengan kerumitan,” katanya lagi.
500 keluarga berdepan masalah air
  • 500 keluarga berdepan masalah air Tiong Gee
1 / 1
SUNGAI ULAR - Lebih 500 keluarga yang tinggal di Taman Bistari berhadapan dengan masalah tekanan air rendah setiap hari terutama pada waktu puncak.

Masalah berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak terlibat bagaimanapun sehingga kini, tidak ada tindakan diambil.

Kakitangan awam, Mohd Fauzi Abdul Kadir, 45, berkata, sebelum ini masalah air di taman itu tidak membimbangkan bagaimanapun ia menjadi semakin serius apabila penduduk semakin bertambah.

“Kebanyakan penduduk di Taman Bistari ini terdiri dari kalangan mereka yang sudah berkeluarga. Sebelum ini saya sendiri telah membuat aduan kepada pihak terlibat dan meminta mereka menyelesaikan masalah,  bagaimanapun sehingga sekarang tiada maklum balas,” katanya.

Adun Kulim, Chua Tiong Gee meminta penduduk bersabar tentang masalah dihadapi.

Menurutnya, beliau akan memanjangkan masalah itu kepada pihak terlibat dan sekiranya masih tidak selesai, beliau akan membawa aduan itu ke mesyuarat Adun di Alor Setar.

“Saya berharap pihak terlibat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Kita harus ingat air merupakan keperluan utama penduduk.

"Ini masalah rakyat dan ia harus ditangani dengan segera. Saya tidak mahu ia berpanjangan,” katanya.
Gangguan air: Lokasi paip pecah dikenal pasti
KUALA LUMPUR -  Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengenal pasti lokasi paip pecah yang menyebabkan gangguan bekalan air di seluruh Pulau Ketam dan Sungai Lima di sini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kontraktor yang dilantik menjumpai lokasi berkenaan di Sungai Terusan Bagan kira-kira empat kilometer dari Sungai Chandong pada 3.40 petang tadi.

"Pihak Syabas kini sedang giat melakukan kerja penilaian tahap kebocoran dan proses pemulihan hanya akan dapat dikenal pasti selepas itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengah hari semalam, gangguan yang berlaku di kawasan berkenaan menjejaskan sejumlah 1,184 akaun melibatkan 5,921 pengguna berikutan paip pecah.

Sehubungan itu, Syabas mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan di Klang serta Shah Alam dan menyediakan bantuan dari semasa ke semasa, termasuk membuka dua Pusat Perkhidmatan Setempat (PKS) di Jeti Pulau Ketam dan Jeti Sungai Lima.

Priscilla berkata pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPELaduan/pertanyaan dan hantar kepada 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. - Bernama
Gangguan bekalan air di Tampin Selasa ini
SEREMBAN - Beberapa kawasan di Tampin akan mengalami gangguan bekalan air selama lapan jam mulai pukul 10 pagi Selasa ini berikutan kerja-kerja penggantian paip dan pemasangan injap di kolam Londah dan kolam Jelai.

Menurut kenyataan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), gangguan akan melibatkan Pekan Gemas, Kampung (Kg) Tiong, Rumah Rakyat Gemas, Desa Permai Gemas, Taman Gemas Jaya, Taman Bakti, Taman Gemas, Taman Sahabat, Taman Sentosa, Taman Setia, Kg Ladang, Kg Londah, Kg Ulu Ladang, Taman Halachara Baru serta Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4.

Bekalan akan disambung semula selepas tempoh tersebut secara berperingkat-peringkat.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama
Gangguan bekalan air di K.Terengganu
KUALA TERENGGANU - Kira-kira 10,000 penduduk di 30 kawasan sekitar Kuala Terengganu dijangka mengalami masalah gangguan bekalan air secara berperingkat pada 2, 8 dan 11 September depan.

Menurut kenyataan Syarikat Air Terengganu (SATU) hari ini gangguan dari 11 malam hingga 5 pagi itu disebabkan kerja penambahbaikan sistem agihan SATU.

Antara kawasan yang terbabit termasuk Kampung Panji Alam, Kampung Nibong, Perumahan Kastam, Kampung Bukit Besar, Kampung Chendering, Kuala Ibai, Kampung Kolam, Gong Baru dan Gong Pak Maseh.

Selain itu, kawasan lain ialah Taman Purnama, Kampung Banggol, Kampung Ladang, Jalan Tekukur, Jalan Kamarudin, Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, Jalan Cherung Lanjut dan Kampung Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Husain Embong berkata SATU akan berusaha mempercepatkan pelaksanaan kerja dan meminimumkan tempoh gangguan di kawasan yang terbabit.

Beliau menasihati pengguna supaya menyimpan air dengan secukupnya untuk kegunaan masing-masing dan menghubungi talian 1300 882 111 untuk sebarang pertanyaan dan aduan. - Bernama
Air Pahang disalur menerusi 5,000 km paip uzur
KUANTAN - Bekalan air terawat di Pahang disalurkan melalui 5,000 kilometer paip air yang uzur dan tamat tempoh, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Datuk Mohd Zahari Md Isa.

Beliau berkata kebanyakan paip berkenaan telah mencapai tempoh penggunaan lebih 30 tahun.

"Paip uzur tersebut adalah antara faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kehilangan air tidak berhasil di Pahang sehingga mencecah 52 peratus,," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri PAIP di sini hari ini.

Katanya, Pahang mempunyai 12,000 paip dengan kebanyakan keadaanya sudah uzur dan banyak mengalami kebocoran.

"Namun PAIP telah menukar 7,000 kilometer saluran paip yang uzur berkenaan manakala selebihnya akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada peruntukan," katanya.

Selain paip uzur, faktor kehilangan air tidak berhasil turut disumbangkan masalah kecurian air dan meter lama.

"Masalah kecurian agak sukar dikesan kerana penyambungan haram bawah tanah manakala penggunaan meter melebihi lapan tahun menyumbang kepada kadar kehilangan air dengan bacaan perlahan berbanding penggunaan air," katanya. - Bernama
MB Selangor harap isu konsesi air muktamad
  • Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berharap isu konsesi air di negeri ini dimuktamadkan berikutan sambutan menggalakkan daripada kerajaan berhubung perkara itu.

Abdul Khalid mengulangi bahawa kerajaan negeri bercadang menyusun semula industri perkhidmatan air secara holistik bagi memastikan empat syarikat konsesi air di Selangor disatukan menjadi sebuah entiti.

"Saya bertemu Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) hari ini dan beliau menyebut keperluan untuk mempercepatkan penyelesaian konsesi air di negeri ini dan kami sedang menunggu untuk memuktamadkannya, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini hari ini.

Kerajaan negeri Selangor telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat konsesi air di negeri ini terdiri daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (SPLASH).

Mengenai kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini bahawa kerajaan menyasarkan untuk mencapai penyelesaian dengan kerajaan Selangor berhubung projek loji rawatan air Langat 2 dalam tempoh tiga bulan, Abdul Khalid berkata beliau sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu. - Bernama
Johor perluas pemberian rebat air
NUSAJAYA - Kerajaan negeri Johor akan memperluaskan pemberian rebat air daripada mereka yang memerlukan setakat ini kepada golongan miskin dan miskin tegar.
  
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Hasni Mohammad berkata sejak diperkenalkan pada Nov 2010, sebanyak 825 akaun golongan itu menerima rebat yang bertujuan menjaga kebajikan mereka.
  
"Setakat ini kerajaan negeri memberikan rebat air kepada kumpulan sasar yang benar-benar perlu. Bagi golongan miskin tegar, mereka menikmati 20 meter padu air secara percuma sementara untuk golongan miskin mereka diberikan 10 meter padu air percuma.
  
"Oleh itu, kerajaan bercadang akan memperluaskan lagi penerima rebat ini dalam jangka masa terdekat dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Majlis Agama Islam Johor untuk mendapatkan senarai mereka yang benar-benar layak," katanya.
  
Hasni berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Mohammad Taslim (PAS-Maharani) pada Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar, di sini hari ini.
 
Katanya pemberian rebat itu diharap dapat membantu mengurangkan beban hidup golongan berkenaan selain  membantu membangkitkan kesedaran terhadap penggunaan air dalam kalangan masyarakat.
 
Terdahulu, menjawab soalan Teoh Yap Kun (BN-Paloh), Hasni berkata sebanyak 511,479 daripada 1.5 juta pengguna air di negeri itu dikenakan bil kurang daripada RM20 sebulan sejak Syarikat Air Johor memperkenalkan rebat
tersebut.      

"Jumlah yang menerima bil air yang kurang daripada RM20 ini secara langsung juga menunjukkan rakyat di negeri ini begitu menghargai air," katanya. - Bernama


Astaghfirulllahhalazim... byk2 mngucap ustaz... jgn takabur & riak.... kami tahu ustaz ada sekolah tahfiz... Anda semua dengar & nilaikanlah sendiri...

Undang-undang islam itu adalah dasar, jikalau kamu meninggalkan dasar bermakna kamu menolak islam keseluruhanya, kamu sudah ada kuasa kenapa kamu tidak menjalan dasar islam yakni undang2 islam. ini bermakna kamu menolak undang2 allah dan percaya kepada undang buatan sendiri. menjalankan undang2 islam adalah wajib bg kerajaan yg berkuasa.


DENGAR, FAHAM & SEBARKAN... Ustaz Kazim Perlekeh Hukum Hudud...

 




 

Tiada ulasan: