Sabtu, 26 Oktober 2013

ADA OTAK PAKAI...JANGAN ADA OTAK GADAI

Nak muntah baca berita ini!
Posted on Saturday, October 26 @ 19:36:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Saya Pun Dah Mula Minum Teh Tanpa Gula Sekarang, Kata PM

Saya Pun Dah Mula Minum Teh Tanpa Gula Sekarang, Kata PM
KUALA LUMPUR – Senada dengan pengumumannya semalam bahawa kerajaan memansuhkan subsidi gula demi kesihatan rakyat, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau juga sudah mula mengurangkan pengambilan bahan itu dalam minumannya.

“Saya pun telah mula belajar minum teh tanpa gula sekarang,” katanya sambil tersenyum.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika perasmian majlis Persidangan Perwakilan Nasional ke-42 parti Gerakan di sini, hari ini.
Semalam perdana menteri mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
“Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes,” katanya.
Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.
“Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,” katanya.
Harga runcit gula sebelum ini ialah RM2.50 sekilogram naik kepada RM2.84 selepas subsidi dimansuhkan bermula hari ini.

 PRK Sg Limau:16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah
Posted on Saturday, October 26 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Berita Blog beritaprksglimau


Berikut antara 16 fakta, membezakan dua Menteri Besar Kedah antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan ini, merupakan antara senarai panjang yang hangat diperkatakan sehingga hari ini:

1. 14 hari dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz bersama isteri dan anak bercuti ke London yang mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah berbanding Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hanya ke luar negara setelah tiga tahun memerintah dan ianya atas urusan rasmi.

2. Menangguhkan tarikh angkat sumpah ADUN di Sidang DUN, yang mana surat rasmi telah dikeluarkan. Penangguhan atas urusan peribadi iaitu bercuti ke London.

3. Menyewa bot ekslusif ke Langkawi bertarikh 2 Jun 2013 untuk hadir Program LADA berbanding Ustaz Azizan sepanjang pentadbiran hanya menaiki feri biasa yang dinaiki orang awam. Raja Permaisuri Agong juga menaiki feri biasa untuk tujuan rasmi.

4.Memberi arahan menukar segera Perabot dan pinggan mangkuk baru di Kediaman Rasmi Seri Mentaloon berbanding Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi tujuan berjimat cermat.

5.Memberi hadiah pen berjenama mahal kepada lebih 100 pegawai kerajaan negeri (KSC) seminggu selepas menjadi MB berbanding berbanding Ustaz Azizan yang mahu mengelakkan pembaziran.

6.Semua pegawai khas Mukhriz disediakan pemandu khas oleh pejabat MB berbanding Pakatan Rakyat, yang mana pegawai khas Ustaz Azizan hanya memandu sendiri kenderaan, walaupun atas urusan rasmi.

7.Mahu menjual dan mengakji semula keperluan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta mengurangkan subjek pengajian setelah tiga tahun dibina kerajaan Pakatan Rakyat bagi menampung keperluan 7,000 pelajar yang mengikuti 47 bidang pengajian.KUIN juga telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

8.Menangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba sedangkan tanah, kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha menambahbaik dan menumpukan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.

9. Memalukan pegawai KCS yang telah hadir raptai angkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dengan menukar nama lain di saat hari berlangsungnya acara rasmi.

10. Mendapat teguran selama 1 jam di Istana Anak Bukit oleh salah seorang Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas insiden memalukan pegawai KCS tersebut.

11.Membeli kain berharga RM15,000 di salah sebuah gedung pakaian pada 12 Jun 2013 berbanding Ustaz Azizan yang adakalanya membeli baju di sebuah kedai Cina dengan harga RM19.00 sahaja.

12.Mukhriz ingin meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) berbanding Ustaz Azizan yang menangguhkan sebaik angkat sumpah MB kerana mahu menyelamatkan tanah dan rumah penduduk kawasan tersebut yang dianggarkan lebih 1,000 kediaman akan terlibat.

13.Melarang dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat menggunakan Stadium bagi tujuan perhimpunan sedangkan ketika Pakatan Rakyat memerintah, kebenaran diberikan kepada BN yang turut dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.

14. Kuliah agama pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di hadiri 30 orang sahaja dan Kem Modal Insan yang memberi latihan untuk anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00 sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.

15. Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.

16.Seramai 268 kakitangan anak syarikat KUIN sehingga Ogos ini, sudah empat bulan gaji mereka tidak dibayar.
beritaprksglimau.blogspot.com

 Amerika Syarikat INTIP Perbualan Telefon 35 Pemimpin Dunia
Posted on Saturday, October 26 @ 19:24:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Amerika Syarikat INTIP Perbualan Telefon 35 Pemimpin Dunia

LONDON – Amerika Syarikat memantau perbualan telefon 35 pemimpin dunia, menurut dokumen sulit yang dibocorkan bekas kontraktor Edward Snowden, lapor akhbar The Guardian, kelmarin.

Nombor telefon pemmpin dunia itu disampaikan kepada Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) oleh seorang lagi pegawai jabatan kerajaan lain, kata dokumen itu, lapor The Guardian dalam laman webnya.
Kongsi nombor telefon
Memo itu menyatakan, kakitangan Rumah Putih, Jabatan Negara dan Pentagon digesa berkongsi nombor telefon ahli politik asing.
Dokumen berkenaan yang dilihat oleh The Guardian ditulis pada penggal kedua pentadbiran bekas Presiden George W Bush ketika Condoleezza Rice adalah Setiausaha Negara dan beberapa bulan sebelum Donald Rumsfeld melepaskan jawatan Setiausaha Pertahanan.
Ia juga menyatakan, seorang pegawai Amerika yang tidak dinamakan menyerahkan lebih 200 nombor termasuk 35 pemimpin dunia kepada NSA yang segera mengarahkannya dipantau.
Pendedahan ini pasti meningkatkan ketegangan diplomatik di antara Amerika dan sekutunya selepas Canselor Jerman, Angela Merkel menuduh Washington mengintip perbualannya.
Selepas dakwaan Merkel diketahui umum, Setiausaha Akhbar Amerika, Jay Carney membuat kenyataan bahawa Amerika tidak memantau dan tidak akan memantau komunikasinya.
Bagaimanapun, cubaan itu gagal menamatkan kemarahan Merkel kerana Amerika tidak menafikan bahawa ia benar-benar mengintip sekutunya.
Pendedahan akhbar The Guardian itu membayangkan pengintipan Amerika terhadap pemimpin dunia lebih meluas daripada apa yang dianggap sebelum ini dan mungkin membayangi sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.
Perancis dan Itali juga menimbulkan kebimbangan mengenai laporan Amerika memantau rangkaian komunikasi mereka.
Di Brussels, Perancis dan Jerman mendesak Amerika bersetuju kepada undang-undang baru perisikan.
Paris, Berlin adakan rundingan
Paris dan Berlin akan cuba mengadakan rundingan dua hala dengan Washington bagi mencapai persefahaman hujung tahun ini mengenai peri laku dari segi perisikan di kalangan negara sekutu, kata Presiden Kesatuan Eropah (EU), Herman Van Rompuy pada hari pertama EU bersidang.
Beliau berkata, negara lain juga boleh turut serta jika mereka mahu.
Badan eksekutif EU, Suruhanjaya Eropah (EC) minggu ini menyokong cadangan memerlukan syarikat teknologi Amerika mendapatkan kebenaran sebelum menyerahkan data warganya kepada agensi perisikan Amerika.

Parlimen Eropah menggantung perjanjian berkongsi data bank selepas akhbar Jerman, Der Spiegel mendedahkan NSA memantau sistem pemindahan bank antarabangsa, Swift. – AGENSI

 Kaitkan Azizan Dan Harga Gula, Kempen Tidak Berakhlak
Posted on Saturday, October 26 @ 16:11:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.-hd


 Pemilihan UMNO :org umno tidak mahu bayangan mahathir dlm umno ?
Posted on Saturday, October 26 @ 15:23:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Oleh Asfanizam Abdullah


Petanda mukriz tidak di senangi oleh pemimpin2 bahagian umno 1 malaysia.ini menunjukan org umno sendiri tifak mahu bayangan tun mahatdir wujud dlm umno.ini juga petanda yg mukris mahathir lemah utk duduk dlm pimpinan umno..

nyata dan benar mukris tidak layak jadi naib presiden dan MB kedah..?
 

Mazlan Menang Saman RM380,000
Posted on Saturday, October 26 @ 14:45:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



TEMERLOH – Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman akan mengadakan kenduri kesyukuran dan menjemput rakan selepas menang saman malu bernilai RM380,000 ke atas kerajaan kelmarin.

Mazlan berkemungkinan akan mengadakan kenduri kesyukuran itu di Felda Lembah Klau, lokasi di mana beliau ditangkap kerana didakwa berceramah tanpa permit tiga tahun lalu.

Mahkamah Tinggi di sini kelmarin memutuskan kerajaan perlu membayar ganti rugi am RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, ganti rugi kos RM20,000 dan faedah penghakiman ke atas RM350,000 sebanyak lapan peratus bermula dari tarikh saman dimulakan pada 18 Ogos 2010.


Mazlan (duduk, dua kiri) bersama Wan Rohimi (duduk, dua kanan) serta penyokongnya di pekarangan Mahkamah Tinggi Temerloh di sini kelmarin.

Peguam, Wan Rohimi Wan Daud berkata, keputusan itu dibacakan hakim Akhtar Tahir kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Beliau berkata, hakim Akhtar Tahir menegaskan setiap warganegara bebas bergerak di dalam negara ini kecuali kawasan larangan.

Menurutnya, hak asasi mesti dipertahankan, polis tidak boleh menangkap selagi orang awam tidak melakukan kesalahan.

Wan Rohimi berkata, pada 9 Mac 2010 kira-kira jam 4.15 petang, Mazlan ketika memenuhi satu undangan dialog dan perbincangan dengan peneroka Felda Lembah Klau, Raub, berkaitan masalah dialami mereka di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa, telah dikepung 30 polis bantuan Felda dengan bersenjata.

Mazlan kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Namun terdapat satu lagi laporan oleh pengurus rancangan Felda Lembah Klau yang menyebabkan beliau kemudiannya ditahan, direman dan terpaksa meringkuk selama dua hari di lokap IPD tersebut.

Pada 18 Ogos 2010, Mazlan memfailkan writ saman terhadap defendan pertama Pengurus Felda Lembah Klau, Sungai Ruan Awang Sulong dan defendan kedua Lembaga Tanah Kemajuan Persekutuan (Felda).

Turut tersenarai ialah defendan ketiga pegawai polis berpangkat Inspektor Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan keempat.

Mazlan menuntut satu deklarasi bahawa defendan ketiga telah melakukan penahanan yang salah terhadap plaintif bagi tempoh 9 Mac 2010 hingga jam 10 pagi 10 Mac 2010.

Wan Rohimi berkata, ketika perbicaraan, pihak Felda berjaya mengetepikan saman tersebut atas beberapa alasan. Perbicaraan tersebut diteruskan terhadap defendan ketiga dan keempat.-sh


 Belanjawan 2014 : Kenaikan Harga Gula Dengar Apa Kata Datuk Seri Hasan Malek
Posted on Saturday, October 26 @ 14:14:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"

Menurut kata Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkenaan kenaikan Harga Gula dalam Belanjawan 2014 semalam berbunyi "langkah Pengurangan Subsidi Gula seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2014 hari ini dapat menjimatkan Perbelanjaan Negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan".



"Lebihan Penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai Pembangunan Infrastruktur Dalam Negara di masa depan... Rakyat khususnya Peniaga mesti melihat Pengurangan Subsidi Gula secara Positif dan tidak Menaikkan Harga Barangan Makanan berasaskan Gula secara MENDADAK... Kita mesti Meletakkan Kepentingan Rakyat lebih daripada segala-galanya... bukannya meletakkan Kepentingan Keuntungan Peniaga itu sendiri".
"Oleh itu... saya minta supaya Peniaga juga bersama-sama dalam Usaha Kerajaan untuk mewujudkan Kesejahteraan Rakyat ini"... Cuma kali ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Seri Hasan Malek tak cakap kalau Harga GULA MAHAL jangan makan Gula dan gantikan gula dengan barangan lain... seperti beliau mengatakan kalau Harga Ayam Mahal jangan Makan Ayam... kenapa agak-agak nya ya beb.
Kenapa beliau tidak mengatakan sebagaimana beliau mengatakan ketika Harga Ayam Naik Melambung satu ketika dulu... pada hal nya semua barangan tersebut boleh dikatakan adalah KEPERLUAN ASAS kepada Rakyat tetapi ianya masih boleh DIGANTI dengan barangan lain... berbeza dengan Kenailkan Harga Petrol dan Diesel yang Rakyat tiada Pilihan lain walau bagaimana Harga barangan tersebut Melambung Naik... kecuali lah AIR KENCING boleh digunakan sebagai ganti... kah kah kah !.
Dengan meminta Rakyat khusus nya Peniaga supaya tidak Menaikkan Harga Barangan Makanan berasakan Gula adalah sesuatu yang MUSTAHIL dan TAK MASUK AKAL... hanya ORANG GILA sahaja yang tidak Menaikan Harga Jualan selepas KOS bagi Pengeluaran Meningkat... ditambah lagi cara berniaga kebanyakan Peniaga di Malaysia mengalahkan cara berniaga Orang Yahudi iaitu lagi banyak Permintaan dan Pegeluaran lagi SESUKA HATI MAK BAPAK dia orang Menaikkan Harga Barangan... kah kah kah !.
Sepatutnya lagi banyak Permintaan dan Pengeluaran lagi banyak KOS dapat dikurangkan dan dengan itu Harga Barangan tetap sama tetapi Keuntungan akan bertambah dengan bertambah nya Pemintaan dan Pengeluaran... cuma yang PELIK BIN AJAIB nya di Negara Malaysia ni ialah seolah-olah lagi banyak Permintaan dan Pengeluaran lagi banyak RUGI nya beb... seperti Perusahaan Automobil Nasional (PROTON) tu yang sampai sekarang TAK UNTUNG-UNTUNG... kah kah kah !.
Negara lain bila ada Kilang Kenderaan maka Harga Kenderaan akan dijual dengan Harga yang Murah di dalam Negara tersebut berbanding dengan Harga dijual bila Kenderaan tersebut DIEKSPORT... tetapi berlainan sekali kat Negara Malaysia yang konon nya Pemimpin Melayu Umno Pandai Memerintah kerana ia nya jadi TERBALIK beb... iaitu Harga Kereta PROTON lebih Murah harga nya kalau dijual di Negara Luar berbanding Dalam Negara... kah kah kah !.
Itu sebab gua katakan yang cara Berniaga kebanyakan Peniaga di Negara Malaysia ni mengalahkan cara berniaga Orang Yahudi beb... jadi kalau Menteri KPDNKK Datuk Hasan Malek tu mahu Rakyat khususnya Peniaga melihat Pengurangan subsidi Gula secara Positif dan tidak Menaikkan Harga Barangan Makanan berasaskan Gula secara MENDADAK... suruh aje beliau tu Minum AIR KETUM banyak-banyak sampai Muntah beb... kah kah kah !.
hemmmmm..... itu yang gua cakap beb... kalau nak naikkan harga gula naikkan aje le... jangan lah jadi munafik... konon nya nak jaga kesihatan rakyat lah... cakap aje le yang keuntungan sekarang tidak mencukupi untuk dibawa sekali masuk sampai kelubang kubur... wekkkkk tuihhhh... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, October 26 @ 14:14:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 Pemilik Kereta Ferrari Yang Ustaz Azhar Idrus Pinjam Maut Kemalangan.
Posted on Saturday, October 26 @ 14:08:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"

GEMPAR!!! Pemilik Kereta Ferrari Yang Ustaz Azhar Idrus Pinjam Maut Kemalangan [Al Fatihah]

Al Fatihah untuk pemilik kereta Ferrari dan Nissan GTR35 yang pernah dipinjamkan kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) semasa berkempen untuk PAS iaitu arwah Dr. Ramli.

Beliau terlibat dalam kemalangan di jalan Bukit Payung-Kuala Berang jam 1.15 pagi semasa arwah memandu BMW lama milik arwah.

Semoga rohnya di cucur rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.


Sumber [Link...]"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Saturday, October 26 @ 14:08:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 

Tiada ulasan: