Jumaat, 25 Oktober 2013

ADA OTAK PAKAI...ADA AGAMA PATUH...JANGAN ADA MARUAH GADAI

Kamalanathan: Tak perlu pekeliling larang sembelihan

VIDEO l 1:47 minit
Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan menegaskan bahawa sekolah tidak dibenarkan menjalankan ibadah penyembelihan korban seperti yang dijalankan di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Bagaimanapun, larangan itu bagaimanapun tidak dinyatakan dalam pekeliling tetapi hanya dalam bentuk nasihat kepada pihak sekolah "dari semasa ke semasa".
NONE"Tak (ada pekeliling). Kita akan menasihati dari masa ke semasa. Tak perlu ada perkara itu," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.
Jelasnya, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan menasihati sekolah untuk bekerjasama dengan surau berhampiran apabila pihak sekolah memaklumkan mengenai aktiviti tersebut.
"Sebenarnya benda itu (sembelihan korban) tidak boleh. (Perkara) itu dah kementerian siasat. Biasanya tidak boleh, tetapi masalah yang berlaku apabila PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) tidak dimaklumkan.
"Kalau dimaklumkan di pejabat PPD, biasanya, mereka akan menasihatkan pihak sekolah bekerjasama dengan surau-surau berhampiran. Itu yang digalakkan," katanya.

Menurutnya, masyarakat umum perlu menyedari bahawa di kawasan sekolah terdapat pelbagai agama dan budaya yang perlu dihormati antara satu dengan yang lain.

Katanya lagi, sekiranya pihak sekolah memohon kelulusan daripada PPD, pejabat tersebut boleh menasihatkan mereka untuk bekerjasama dengan surau yang berdekatan.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung tindakan SK Puchong Jaya yang menjalankan ibadah sembelihan korban di kawasan sekolah tersebut, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai khususnya dari penganut Hindu.
Bagaimanapun, guru besar sekolah Mohd Amin Bahari mempertahankan tindakan mereka dengan alasan, tiada pekeliling yang melarang sekolah dari menjalankan kegiatan tersebut di premis mereka dan menegaskan pihaknya tidak berniat untuk menghina penganut agama lain.

Polis juga dilapor memulakan siasatan ke atas individu bernama "Saravanan" yang dirakam mengadakan perbualan dengan Mohd Amin berhubung penyembelihan korban di kawasan sekolah sempena sambutan Aidiladha lalu, bagi membantu siasatan.

Laporan NFC akan diumumkan 2 minggu lagi

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kontroversi projek Pusat Fidlot Nasional akan diumumkan dua minggu lagi.

nur jazlan mohamed 071008 02Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kedua bersama anggota jawatankuasa baru yang sedang mengesahkan laporan itu.

Laporan itu disediakan oleh jawatankuasa penggal sebelum ini.

"Kami akan bentangkannya dalam tempoh dua minggu. Untuk berlaku adil kepada jawatankuasa baru, mereka harus membincangkannya juga," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Seorang anggotanya Tony Pua sebelum ini berkata terdapat "butiran menarik" dalam laporan itu.
PAC juga memutuskan untuk menyiasat kelewatan yang lama dalam pembinaan dan penyiapan projek KLIA2 , yang telah ditangguhkan sebanyak lima kali.

Kos projek itu juga turut meningkat lebih dua kali ganda - daripada RM1.9 bilion kepada hampir RM4 bilion - sepanjang berlakunya kelewatan tersebut, dan kini ia dijangka siap tahun depan.

Nur Jazlan berkata, walaupun projek tersebut tidak dibangkitkan dalam laporan Audit, tetapi menurutnya ia adalah satu kes yang kepentingan awam.

Oleh itu, katanya, PAC mahu memanggil kementerian pengangkutan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.
Kementerian pengangkutan akan berdepan dengan PAC pada 19 November berhubung kelewatan pembinaan KLIA2 dan perolehan peralatan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ( KKIA).
[Baca berita penuh]
Tembak pegawai bank: KDN batal lesen syarikat keselamatan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.

Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.

-Bernama
Mah tak ingin Gerakan terus tunduk pada Umno

Pemangku setiausaha agung Gerakan Mah Siew Keong berkata parti itu perlu mengkaji keupayaan model politik BN untuk membolehkan mereka kembali aktif selepas kekalahan dua kali berturut-turut dalam pilihan raya sebelum ini.

Mah berkata parti itu perlu mengubah persepsi masyarakat bahawa Gerakan “tunduk” kepada Umno.

NONE"Kita perlu membuang pandangan ini. Jika tidak, Gerakan akan menghadapi lawan yang sukar (dalam pilihan raya umum selepas ini),” kata Mah yang akan bertanding bagi merebut jawatan presiden parti dalam pemilihan Sabtu.

Gandingannya ialah pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai yang akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Dalam manifesto bersama yang diumumkan kepada media hari ini, Mah dan Cheah berikrar untuk mengetaui reformasi dalam BN dengan membentuk kumpulan kajian bagi mengkaji keupayaan model politik BN.

Kajian tersebut antara lainnya akan meliputik pihak berkepentingan dari sektor awam dan swasta, termasuk pemimpin NGO, kesatuan, dewan perniagaan dan pertubuhan seumpamanya.

Gandingan tersebut mensasarkan untuk menerbitkan laporan kumpulan kajian tersebut menjelang Jun 2014 dan akan mengemukakannya kepada majlis tertinggi BN.

Mah yang merupakan seorang bekas MP dan timbalan menteri berkata persepsi umum sering menggambarkan bahawa BN dikawal oleh satu parti tertentu.

“Ini adalah kenyataan yang tidak dapat kita hindari dan kita berharap untuk berbincang mengenai perkara ini dengan kesemua parti BN.

“Benar atau tidak, persepsinya ialah kita sering 'tunduk' (kepada Umno),” katanya.
MP: Noh mesti tarik balik dakwaan isu Ops Lalang
5:53PM Okt 24 2013
MP Seputeh Teresa Kok menuntut MP Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar menarik balik kenyataannya di Parlimen semalam berhubung undang-undang ISA yang didakwa membolehkan Malaysia aman pada 1987 ketika “orang bukan Melayu mempersoalkan hak orang Melayu”.
MP DAP itu berkata, Noh Omar perlu menarik balik kenyataan yang “tidak adil dan tidak benar” itu dan memohon maaf kepada individu yang “menderita” akibat Operasi Lalang 1987.

NONE"Dia perlu tahu bahawa ketegangan kaum dicipta kerana ada orang merebut kuasa dalam Umno”.

Beliau berkata, seramai 106 orang ditahan dan anggota keluarga masing-maisng menderita apabila lesen akhbar ditarik balik dalam Operasi Lalang 1987 dan ramai wartawan kehilangan mata pencarian akibat operasi tersebut.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang turut ditahan selama 18 bulan dalam operasi tersebut sebelum ini berkata ketegangan kaum pada masa itu timbul akibat perseteruan antara dua puak dalam Umno – salah satunya diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan satu lagi oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam.

Kok berkata, Noh sengaja menghina bekas tahanan tersebut dengan tidak menyatakan perkara sebenar.

Beliau mendakwa, Noh sengaja tidak menyebut mengenai insiden tertentu semasa perhimpunan Pemuda Umno di Stadium Jalan Raja Muda di Kuala Lumpur pada 17 Oktober 1987.

Kain rentang yang dibawa dalam perhimpunan tersebut antara lainnya didakwa membawa slogan “13 Mei sudah bermula” dan “Mandikan (keris) dengan darah Cina”.

Tolong bos untuk gaji minimum, gesa pekerja



Kumpulan mewakili pekerja-pekerja kolar biru hari ini menggesa kerajaan memperkenalkan galakan kepada majikan industri kecil dan sederhana (IKS) supaya syarikat dapat membayar gaji minimum kepada pekerja tahun depan.

Dalam memorandum kepada kerajaan dan anggota Parlimen hari ini, Parti Sosialis Malaysia dan Jaringan Rakyat Bertindak berkata, langkah itu termasuk menawarkan pengecualian cukai kepada SME.

NONEBantuan itu juga termasuk cadangan supaya kerajaan membayar caruman majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suatu tempoh masa dan memberi subsidi elektrik.

"Sokongan sebegitu akan memastikan syarikat kecil dapat mematuhi skim gaji minimum," menurut laporan itu.

Mereka juga mendesak kerajaan membayar lebih tinggi kepada kontraktor.

Memorandum kepada Menteri Sumber Manusia Richard Riot oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan di pintu Parlimen.
5 rebut jawatan timbalan presiden PAS
1:04PM Okt 24 2013  
Jawatankuasa Pemilihan PAS hari ini mengumumkan lima tokoh PAS disahkan sebagai calon untuk merebut jawatan timbalan presiden, menutrut
Laporan Harakahdaily menyebut, jawatankuasa itu menerima pencalonan untuk Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu (bawah), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuMenurut laporan tersebut, dua pencalonan dibuat untuk jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun jawatankuasa itu hanya menerima satu pencalonan.

Jawatankuasa tersebut ketika dihubungi Malaysiakini berkata, satu daripada pencalonan tersebut ditolak kerana tidak mendapat pencalonan secukupnya.
Namun, Abdul Hadi perlu mengesahkan penerimaan pencalonan tersebut untuk membolehkannya menang tanpa bertanding.
Selain itu, jawatankuasa itu juga menerima 10 pencalonan untuk jawatan naib presiden – iaitu untuk Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tiada ulasan: