Isnin, 21 Oktober 2013

ADA MATA PANDANG...ADA TELINGA DENGAR...ADA OTAK PAKAI....ADA OTAK FIKIR


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati..
Like · · · about a minute ago via mobile ·
Mahathir kata sudah jangka Mukhriz tewas

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib
Presiden Umno.

Katanya, keputusan pemilihan semalam juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama.

"Saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang Putrajaya 2013, di Putrajaya hari ini.

"Sebelum dia (Mukhriz) bertanding lagi, saya dah kata dia (Mukhriz) nak kalah, dia (Mukhriz) punya peluang 50-50 atau kurang. Saya punya andaian memang betullah," katanya.

Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden baharu. Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.

Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumum awal pagi ini menunjukkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memperoleh 100 undi bahagian mendapat saingan sengit daripada Mukhriz yang memperoleh 91 undi bahagian.

Ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi Umno, Tun Mahathir berkata keputusan pemilihan semalam membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya.

"Tak tahulah...sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah...

"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan," katanya.

- Bernama
EGM MCA: Ahli tetap dihalang sertai Kabinet

Perwakilan MCA hari ini menolak resolusi untuk menerima keputusan parti sebelum ini yang melarang ahli menerima jawatan dalam Kabinet.
Daripada 2,199 perwkilan yang hadir dalam mesyuarat agung luar biasa hari ini, seramai 1,090 perwakilan menolak resolusi tersebut sementara 1,080 menyokongnya. Selebihnya, 18 undi direkod sebagai undi rosak.

Ini bermakna bahawa resolusi itu ditolak dengan hanya majoriti 10 undi sahaja dan ia ditentukan dengan hanya 49.5 peratus daripada jumlah undi.

Sementara itu, perwakilan turut menolak usul untuk menegur timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas dakwaan kegagalan beliau semasa pilihan raya umum lalu dan tingkah lakunya selepas itu.

Ini bermakna Liow terlepas daripada tindakan teguran, namun usahanya untuk membolehkan pemimpin parti menerima jawatan dalam kerajaan - sekali gus membolehkan beliau menyertai semula Kabinet - juga digagalkan.

Bagaimanapun, parti itu bersetuju untuk menerima dua lagi resolusi yang membenarkan ahli menerima jawatan lain seperti senator, dalam syarikat berkaitan kerajaan, kerajaan negeri dan ketua kampung.
Hishammuddin terselamat, Mukhriz kian popular

Datuk Seri Hishammuddin Hussein kini mungkin boleh menghela nafas panjang, apabila terselamat dari gasakan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu semalam.
NONEBerdasarkan keputusan rasmi Mukhriz kalah tipis dengan meraih 91 undi, berbanding 100 undi yang diperolehi Hishammudddin.
Keputusan awal yang diperolehi sejak petang semalam menunjukkan Mukhriz mengekori rapat Hishammuddin dalam pungutan undi.
Mukhriz meraih sokongan mendadak dari sebahagian besar perwakilan Ini dilihat sebagai isyarat bahawa akar umbi Umno kini lebih matang dalam memilih pemimpin yang berani dan tegas dalam membuat keputusan.
Perkembangan itu berlaku ketika Hishammuddin bergelut dengan tanggapan sebagai pemimpin yang “lembik” - satu label yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh menteri pertahanan itu.

Kemaraan Mukhriz itu sedikit sebanyak tetap terjejas apabila timbul tuduhan di saat akhir, bahawa menteri besar Kedah itu terlibat dengan politik wang dalam pemilihan kali ini.

Dakwaan yang ditimbulkan oleh satu portal berita itu muncul sehari sebelum hari pemilihan, namun ditarik balik apabila Mukhriz mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang.
Kurang popular
Tulisan pengarang akhbar Mingguan Malaysia milik Umno hari ini malah melihat perkembangan tersebut diatur oleh “tangan-tangan ghaib” pihak tertentu di belakang portal berita berkenaan.

NONEDari satu sudut lagi, kemerosotan sokongan terhadap Hishammuddin menunjukkan bahawa ahli parlimen Sembrong itu dilihat semakin kurang popular berbanding pemimpin muda yang berusia 49 tahun itu.
Pada pemilihan 2009, Hishammuddin menduduki di tangga kedua bagi dengan mendapat 1,515 undi daripada 2,500 perwakilan yang hadir.
Zahid menduduki tangga pertama dengan 1,592 undi dan Shafie memperolehi 1,445 undi di tangga ketiga.

Bagaimanapun, pada pemilihan kali ini - selepas pindaan perlembagaan parti - kedudukan Hishammuddin dan Shafie bertukar.
Daripada 146,500 perwakilan di seluruh 191 bahagian, Hishammuddin hanya mendapat sokongan 100 bahagian, manakala Shafie berada di tempat kedua dengan 174 undi.
Bagi Mukhriz pula, perwakilan Umno seluruh negara juga dilihat menunjukkan sikap lebih matang dalam memilih pemimpin yang mampu memenuhi aspirasi baru akar umbi apabila memberi anjakan sokongan kepada menteri besar Kedah itu.
Lanskap politik baru
Golongan ini pastinya memasang harapan agar Mukhriz mampu merencanakan lanskap politik baru untuk golongan muda dalam parti itu khususnya pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, kemungkinan bahawa Hishammuddin akan mengekalkan kedudukan tersebut telahpun dijangka sejak awal apabila timbul cakap-cakap bahawa wujud satu bentuk arahan dari kepimpinan tertinggi supaya perwakilan mengekalkan status quo – Hishammuddin, Zahid Hamidi dan Shafie Apdal bagi jawatan itu.

NONEKecenderungan itu dapat dilihat apabila Umno Pekan, Pagoh dan Bagan Datoh – bahagian yang diketuai Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Zahid – telah mengekalkan ketiga-tiga pemimpin itu dalam mesyuarat bahagian mereka semalam.

Malah, pertemuan tertutup antaranya kepimpinan Wanita – yang menjadi tulang belakang Umno – dan sokongan moral Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada Hishammuddin, dilihat sebagai satu lagi isyarat kepada perwakilan sayap itu memastikan kemenangan bekas mentornya itu.

Presiden parti Datuk Seri Najib Razak kini perlu menimbang sebaik-baiknya permintaan Mukhriz untuk menyertai majlis tertinggi bagi memastikan Umno lebih diyakini oleh kumpulan anak muda pada masa akan datang.

Beliau perlu menimbang faktor populariti Mukhriz di kalangan akar umbi, yang tidak harus dipersia-siakan dalam mencapai perubahan dalam parti.
Bagi dua bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula, kegagalan untuk menjejaskan sokongan kepada penyandang jawatan berkenaan mungkin menunjukkan petanda bahawa mereka bukan lagi pemimpin yang mampu membawa tranformasi kepada Umno.

'Sultan Sulu' Jamalul Kiram III meninggal dunia
11:51AM Okt 20 2013
Pemimpin kumpulan militan Sulu Jamalul Kiram III, yang mendakwa sebagai sultan Sulu, meninggal dunia akibat kegagalan organ hari ini di satu pusat perubatan Filipina.

Media negara itu, Inquirer.net memetik kenyataan anaknya Jacel Kiram yang berkata, perjuangan Jamalul Kiram, 75, untuk menuntut semula Sabah akan diteruskan oleh generasinya.

“Apa yang dimulakan oleh bapa saya, dia warisi kepada kami untuk diteruskan... Kami tidak akan teragak-agak.

“Beliau orang yang hebat, orang yang baik,” katanya.

Tambahnya bapanya itu hanya ingin mendapat restu Allah untuk menuntut semula Sabah.

“Kamilah yang akan meneruskannya,” katanya lagi yang menambah, mereka akan membawa pulang jenazah Jamalul Kiram untuk dikebumikan di Jolo, Sulu.

Adik Jamalul Kiram, Agbimuddin mengetuai sekumpulan 200 orang yang mendarat di Lahad Datu, Sabah dan bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Seramai lapan orang anggota polis dan seorang tentera Malaysia terkorban dalam operasi ke atas penceroboh berkenaan, Mac lalu.
Kumpulan guru, pelajar terkandas di Gunung Asahan

Tujuh guru dan 81 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas berjaya dibawa turun dari Gunung Asahan di Jasin malam tadi selepas terkandas lebih tujuh jam akibat hujan lebat.

Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri Kamarulzaman Mohd Din berkata mereka mendaki gunung tersebut pukul 9 pagi semalam bagi aktiviti sekolah mereka dan sepatutnya turun pada 4 petang.

Beliau berkata kumpulan itu yang terdiri 43 pelajar perempuan, 38 pelajar lelaki serta empat guru wanita dan tiga guru lelaki terkandas disebabkan mereka berteduh kerana hujan dan tiada panduan keluar disebabkan hari telah gelap.

Bomba menerima panggilan pada 9.38 malam dan tiba 53 minit kemudian sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kamarulzaman berkata 10 anggota tentera dan lima orang awam turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat hampir satu jam itu sebelum kumpulan pertama 41 pelajar berjaya dibawa turun pukul 11.15 malam.

Beliau berkata kumpulan kedua 40 pelajar dan tujuh guru pula berjaya dibawa turun pada 11.30 malam.

Katanya operasi menyelamat tidak mengalami kesukaran kerana pelajar dan guru yang terkandas berada dalam satu kumpulan.

Katanya seorang perempuan dan seorang pelajar lelaki serta seorang guru wanita turut mengalami kecederaan ringan kerana tergelincir semasa cuba mencari jalan keluar.

Beliau berkata guru dan pelajar lelaki itu diberi rawatan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) manakala pelajar perempuan tersebut dihantar ke klinik berhampiran.

- Bernama
AG: Menteri berhak larang guna kalimah 'Allah'

Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes "The Herald" ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan dalam perkara ini.

"Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah," katanya.

Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Okt yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Dis 2009. 

Mahkamah Tinggi itu meluluskan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Titular) bagi mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009, yang  melarang Titular daripada menggunakan perkataan 'Allah' dalam teks bahasa Melayu majalah The Herald.    

Abdul Gani menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah tersebut.

Menurut beliau, dalam perenggan 30 penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membuat keputusan bahawa Al-Kitab dan majalah itu adalah dua penerbitan yang berbeza sama sekali.

"Al-Kitab adalah versi Bible dalam bahasa Melayu bagi kegunaan penganut Kristian di gereja, manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam," katanya.

"Hakim itu seterusnya menyatakan bahawa oleh itu, kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al-Kitab, yang mengandungi perkataan 'Allah', tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald," kata Abdul Gani.

Beliau berkata Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perlindungan dari segi perlembagaan yang diberi kepada seseorang dalam mengamalkan agamanya, terhad kepada amalan yang integral dan menjadi bahagian penting bagi sesuatu agama.

"Mahkamah itu memutuskan bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi bahasa Melayu The Herald bagi merujuk kepada 'Tuhan', bukan merupakan bahagian integral atau bahagian penting dalam agama Kristian dan oleh itu, tidak mewajarkannya diberi jaminan di sisi perlembagaan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau.

Abdul Gani berkata Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan itu atas alasan menteri berkenaan tidak bertindak melebihi kuasa dan fungsi statutorinya mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Dalam perenggan 42 penghakimannya, Yang Arif Mohamed Apandi Ali memutuskan bahawa mengikut fakta dan keadaan kes, penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi bahasa Melayu The Herald, tanpa ragu-ragu berpotensi mengganggu tempo kehidupan masyarakat Malaysia," katanya.

Katanya lagi, dalam perenggan 39 dan 40, Hakim Abdul Aziz memutuskan bahawa pertimbangan menteri itu tentang keselamatan negara dan ketenteraman awam, tidak hanya terhad kepada gangguan sebenar terhadap ketenteraman atau kesejahteraan awam semata-mata.

Menurut beliau, dalam kes ini, peristiwa yang berlaku selepas mahkamah membuat keptusan itu menunjukkan bahawa menteri berkenaan mempunyai kewajaran tentang kebimbangan beliau berhubung tindakan The Herald menggunakan perkataan 'Allah' sebagai tafsiran bagi perkataan Tuhan atau konsep ketuhanan kerana ia boleh menyentuh sesitiviti agama serta berpotensi menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Abdul Gani juga berkata perenggan 27 penghakiman bertulis Yang Arif Mohamed Apandi menyebut bahawa keputusan itu dibuat dalam lingkungan fungsi dan kuasa statutori menteri berkenaan serta dalam bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.   

"Yang Arif Abdul Aziz, dalam perenggan 11 penghakimannya berkata setelah menimbang dengan amat teliti terhadap undang-udang yang boleh diguna pakai berhubung pelaksanaan budi bicara dan alasan yang dikemukakan, keputusan menteri berkenaan didapati munasabah dan tidak bercanggah dengan prinsip ketidakadilan, pelanggaran prosedur, perkadaran dan tidak rasional," jelas beliau.

- Bernama
Shahidan, adik, isteri pimpin bahagian Arau

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Arau pada pemilihan Umno Bahagian itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Perlis Datuk Abdul Azib Saad mengumumkan bahawa Shahidan mendapat 478 undi berbanding pencabarnya Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis Jafperi Othman yang mendapat 206 undi.

Adik Shahidan, Datuk Ismail Kassim pula mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau apabila menewaskan pencabarnya Senator Khalid Ahmad.

Ismail yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang memperoleh 439 undi manakala Khalid yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis memperoleh 230 undi.

Sabtu lalu, isteri Shahidan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin menang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Arau pada pemilihan sayap parti itu, mengalahkan penyandangnya, Datuk Mastika Junaidah Hussin.

- Bernama
Mukhriz harap presiden timbang kedudukannya dalam MT
7:13AM Okt 20 2013
Walaupun gagal dalam percubaan merebut salah satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berjanji akan terus memberi sumbangan kepada agenda transformasi parti itu.
  
Mukhriz, yang juga menteri besar Kedah, berkata beliau masih boleh menyumbang atas kapasitinya sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu.
  
"Saya tidak fikir dengan keputusan ini, saya hilang secara tiba-tiba daripada arena politik.

"Ia adalah menjadi harapan saya bahawa presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) boleh mempertimbangkan saya untuk kedudukan dalam Majlis Tertinggi supaya saya boleh menyumbang ke arah memastikan pencapaian yang lebih baik dalam pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya.
  
Mukhriz berkata demikian kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) awal hari ini selepas memberikan saingan sengit kepada penyandang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum kalah dengan 91 undi berbanding 100 oleh Hishammuddin.

Keputusan rasmi pemilihan jawatan tiga Naib Presiden diumumkan pada pukul 1.40 pagi dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Hishammuddin mengekalkan jawatan masing-masing untuk penggal 2013-2016.
  
Mengulas lanjut mengenai pertandingan sengit itu, Mukhriz berkata beliauberpuas hati dengan keputusan itu kerana ia memberikan keyakinan baharu terhadap masa depan politiknya.
  
"Saya terkejut dengan apa yang saya dicapai memandangkan saya terpaksa bersaing dengan penyandang di sebalik sikap pesimis dalam kalangan beberapa pihak mengenai pencalonan saya.
  
"Pertandingan ini sangat sengit. Saya menyerahkan kepada Allah dan menerima keputusan ini sebagai satu rahmat yang terselindung," katanya.
  
Mengenai rancangan masa depannya, Mukhriz berkata: "Saya mempunyai tugas mengurus yang amat penting dalam pilihan raya kecil...yang amat penting untuk kita. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) Isnin ini."
  
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan 4 November ini berikutan kematian wakil rakyatnya Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 September lepas.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Rabu ini sebagai hari penamaancalon dan pengundian pada 4 Nov. DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar.
  
- Bernama

Tiada ulasan: